Nas Nafi 'Over Confident', Nordin Bawa Pulang RM30 Ribu

Nas Nafi 'Over Confident', Nordin Bawa Pulang RM30 Ribu

Nas Nafi 'Over Confident', Nordin Bawa Pulang RM30 Ribu


Peserta paling konsisten membuat persembahan setiap minggu, Nas terpaksa akur apabila menduduki tempat kelima di Pentas Akhir Kilauan Emas 4 (KE4) yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada malam Rabu.

Nas bagaimanapun menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan terlalu selesa adalah punca kekalahannya.

"Tiada istilah terlalu selesa atau 'over confident'...Saya reda dengan keputusan ini. Mungkin malam ini bukan rezeki saya.

"Saya sendiri tidak menjangkakan akan mendapat undian SMS paling tinggi awal-awal tadi.

"Saya sudah cuba sehabis baik dan cuba untuk 'melawan' masalah kesihatan saya sejak dua minggu lalu. Ini adalah ketentuan dari-NYA. Dia sudah atur yang terbaik buat saya.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada para pengundi kerana tidak dapat meneruskan perjalanan ke peringkat seterusnya. Terima kasih di atas sokongan yang tidak terhingga kalian, " katanya ketika ditemui Astro Gempak selepas majlis sidang media pertandingan realiti nyanyian itu.

Menjawab soalan Astro Gempak mengenai wang tunai RM10,000 yang dimenanginya, kata Nas masih belum ada perancangan tentang perkara tersebut.

"InsyaAllah saya akan gunakan hadiah ini sebaik-baiknya," jawabnya ringkas.

Selain wang tunai Nas atau nama sebenarnya Muhammad Nasiruddin Mohd Hashim, 44, turut membawa pulang pakej percutian tajaan PNB Ilham Resort, langganan majalah MIDI selama 3 bulan dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Sementara itu pemenang tempat keempat, Nor-Din Yusoff atau Nordin, 53, menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.

"Sudah sampai ke peringkat ini pun sudah cukup baik. Saya bersyukur berada di KE 4 kerana selain dapat belajar menyanyi, kesihatan saya juga lebih baik," katanya yang turut menerima Anugerah Kesihatan Cabaran 30 Hari Nestle Omega Plus sebanyak RM15,000.

Pemenang tempat keempat telah menerima wang tunai sebanyak RM15,000, pakej percutian PNB Ilham Resort, langganan Majalah MIDI selama tiga bulan berserta trofi sumbangan Astro.

Dalam pada itu, kedua-dua finalis ini turut memberitahu kejutan yang dilakukan Astro pada Konsert Akhir KE 4 adalah satu tindakan yang wajar.

"Kami memang tidak tahu langsung tentang kejutan yang berlagsung tadi. Kami doakan agar kawan-kawan kami yang tinggal terus berjuang dan lakukan yang terbaik," kata Nas dan Nordin mengakhiri perbualan.

Tiga lagi finalis iaitu Ben, Arip dan Zain akan berentap sekali lagi untuk merebut gelaran juara, naib juara dan tempat ketiga pada Rabu hadapan di Konsert Mega Akhir Kilauan Emas 4.



Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers