Musim Baru Konsep Lama Dalam Akademi Fantasia 2014

Musim Baru Konsep Lama Dalam Akademi Fantasia 2014

Musim Baru Konsep Lama Dalam Akademi Fantasia 2014


KUALA LUMPUR, 3 JUN 2014: Selepas menyaksikan kejayaan jejaka kelahiran Sabah, Faizul menjuarai AF 2013 pada musim lalu, pihak Astro dengan berbesar hati meneruskan kembali misi pencarian bintang sebenar menerusi program Akademi Fantasia 2014 (AF2014) bagi musim terbaru.

Untuk musim terbaru ini, AF2014 kembali dengan pengisian yang lebih mantap dengan membawa masuk kembali format asal AF sewaktu ia mula diterbitkan pada tahun 2003.

Menariknya format ini akan diperkenalkan semula dengan nafas baru bersesuaian dengan peredaran zaman.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria Encik Raqim Ahmad, keputusan untuk membawa masuk kembali format lama dibuat setelah pihak mereka menjalankan kajian berdasarkan penerbitan musim-musim yang lepas.

“Pihak kami sudah membuat kajian dan ternyata keputusan rakyat Malaysia cukup sebati dengan elemen mainan emosi, drama dan air mata yang mereka dapat rasai menerusi AF.

“Sehubungan itu, pihak kami telah membuat keputusan untuk menyuntik semula format asal program ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media Akademi Fantasia 2014 di hotel Le Meridian, Kuala Lumpur pada petang Isnin.

Selain itu, barisan juri yang bakal terlibat sepenuhnya pada sesi ujibakat AF2014 ialah Shafizawati Sharif (Cikgu Shafi), Cikgu Siti Hajar, Acis, Fatimah Abu Bakar serta Fauziah Nawi.

Juri akan menilai peserta dari segi teknikal seperti kawalan suara, sebutan, pernafasan, intonasi, rentak, tempo, keserasian, harmoni serta kretiviti.

Malah penghayatan persembahan serta penilaian daripada segi karektor dan personaliti juga turut diambil kira.

Bagi sesi ujibakat yang bakal berlangsung tidak lama lagi, pihak produksi akan mengunjungi empat buah lokasi iaitu Johor,Pulau Pinang, Sabah dan Selangor.

Di samping itu, para peserta juga dikehendaki untuk memilih salah satu lagu untuk dipersembahkan mengikut senarai lagu wajib yang telah disediakan.

Seperti musim sebelumnya, pihak Astro juga turut mengadakan sesi ujibakat untuk laluan pantas atau ‘fast track’ secara online yang aman peserta boleh memilih untuk memuat naik klip video nyanyian mereka secara kreatif menerusi aplikasi AF Mobile ataupun hantarkan terus ke laman ke laman web rasmi www.akademifantasia.com.my bermula 26 Mei hingga 9 Jun 2014.

Berikut merupakan senarai lokasi ujibakat:

Johor- KSL Resort & Hotel, Johor Bahru (13 dan 14 Jun 2014)

Pulau Pinang- Hotel Sunway, Pulau Pinang (14 dan 15 Jun 2014)

Sabah- Hotel Novotel, Kota Kinabalu (21 dan 22 Jun 2014)

Selangor- FINAS, Jalan Utara, Petaling Jaya (21 dan 22 Jun 2014)



Berikut merupakan senarai lagu wajib AF2014:

Kategori Lelaki

Penglipur Lara – Hazama

Bahagiamu Deritaku- Hafiz

Tetap Menantimu- Nomad

Romancinta- Mojo

Tinggal Kenangan- Saleem



Kategori perempuan

Lebih Indah- Dato' Siti Nurhaliza

Patah Seribu- Shila Amzah

Angin Syurga- Misha Omar

Bosan- Stacy

Teringin- Shima


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers