Pasal Kes Amah Curi, Fasha Sandha Dianggar Rugi RM20,000

Pasal Kes Amah Curi, Fasha Sandha Dianggar Rugi RM20,000

Pasal Kes Amah Curi, Fasha Sandha Dianggar Rugi RM20,000


KUALA LUMPUR, 4 JUN 2014: Pelakon Fasha Sandha memuji kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya menyelesaikan kes pecah rumah yang membabitkan dua pembantu rumahnya dengan pantas.

Mengimbas kembali insiden yang berlaku pada 12 Mac lalu di kediamannya di Duta Suria, Ampang Fasha Sandha berkata, dua amah Indonesia terbabit telah mencuri tiga telefon bimbit, wang RM200 dalam matawang Rupiah dan barang kemas.

Menurut Fasha Sandha lagi, ketika kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.45 malam, dia bersama suami dan anaknya berada di Perlis.

“Sebenarnya, anggaran kerugian adalah sebanyak RM20,000 tetapi ketika tangkapan dilakukan, polis hanya menemui RM200 dan tiga telefon bimbit," jelas pelakon drama bersiri 'Chinta' ini.

"Polis berjaya menahan mereka di rumah kongsi lelaki kontrak di Kajang. Saya yakin pembantu saya telah menyerahkan wang tunai dan barang kemas tersebut kepada orang lain. Walau bagaimana pun, saya kagum dengan kecekapan polis kerana berjaya menangkap mereka selepas tujuh jam mereka melarikan diri," ujar Fasha.

Dua pembantu rumah tersebut bagaimanapun telah dijatuhkan hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin.

Pembantu rumah tersebut iaitu Nilawati, 39, dan Sri Maniami, 35, mengaku bersalah di atas pertuduhan ini dan dilaporkan menangis dan memohon kepada mahkamah supaya meringankan hukuman tersebut.

Kedua-dua mereka mengaku melakukan jenayah tersebut kerana mahu pulang ke kampung halaman meraikan Ramadhan yang hampir tiba.

Keputusan telah dijatuhkan kepada mereka berdua oleh majistret Zulyana Zolkapli dan bermula sejak tarikh kedua mereka ditahan iaitu pada 13 Mac lalu. Mereka didakwa oleh pendakwa raya, Faridah Nurdini Bahrum.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers