Penerbit Teater Projek Kahwin Mahu Ulangi Kejayaan
KUALA LUMPUR, 4 JUN 2014: Penerbit teater Projek Kahwin, Mohd Amer Syafiq Khalip berharap agar pementasan teater berskala besar ini mampu menarik perhatian penonton seperti teaternya dahulu Maduku Kalut.
“Teater Maduku Kalut tahun lalu, kami terpaksa menambah hari lagi demi permintaan penonton dan saya harap projek kahwin ini mendapat sambutan yang lebih hangat” katanya dalam sidang media dan persembahan Fragmen Teater Projek Kahwin di Istana Budaya.
Menurutnya lagi, bayaran kepada pelakon juga akan dibuat selepas 3 minggu pementasan dan dia memberi jaminan kelewatan pembayaran tidak akan berlaku.
“Ketika dahulu dalam Teater Maduku Kalut kelewatan pembayaran berlaku disebabkan ada salah faham dan saya masih lagi mentah untuk menguruskan hal-hal pementasan.”
Dalam pada itu, Mohd Amer berkata, pihaknya juga sedang bekerjasama dengan pihak Sekretriat Tahun Melawat Malaysia 2014 dalam mempromosikan teater berkenaan bagi menarik pelancong dari luar negara seperti Singapura, Brunei dan Indonesia
“Buat masa ini, pihak kami ada menerima tempahan tiket dari Singapura dan berkemungkinan 2 buah bas akan menyaksikan teater yang akan bermula pada 6 hingga 14 Jun depan,”
Selain pementasan teater, pada 13 hingga 15 Jun turut diadakan Pameran Pengantin di ruang legar Istana Budaya.
Beberapa artis dan seleberiti terkenal turut melibatkan diri dalam Femes Bazar dan akan menjual pelbagai barangan.
“Saya juga berharap, Projek Kahwin ini akan turut tercalon dalam Anugerah Seni Boh Cameronion menerusi pelbagai kategori yang dipertandingkan,” katanya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.