Datuk Ramli Ibrahim Serikan Penutup Tirai DFP

Datuk Ramli Ibrahim Serikan Penutup Tirai DFP

Datuk Ramli Ibrahim Serikan Penutup Tirai DFP


KUALA LUMPUR, 3 JUN 2014: Bagi menutup tirai persembahan berprestij di Dewan Filhamonik Petronas (DFP), kumpulan pemuzik handalan Orkestra Filmahomonik Malaysia (MPO) bakal menjayakan kolaborasi terunggul dengan maestro tari tersohor, Datuk Ramli Ibrahim.

Bertemakan Quintessence: Ramli Ibrahim and the MPO, konsert kreatif yang dinanti-nantikan itu  akan berlangsung pada hari  21 dan 22 Jun ini, sekali gus meletakkan taraf seni tanah air ke peringkat yang lebih tinggi.

Bukan sahaja penampilan istimewa Datuk Ramli Ibrahim sebagai tarikan utama, malah barisan konsert selama dua hari itu akan dipimpin oleh konduktor muzik kelahiran Brazil, Fabio Mechetti yang merupakan konduktor yang dihormati di Amerika Syarikat.

Datuk Ramli Ibrahim menjejaki senarai artis-artis tempatan yang pernah berkolaborasi dengan MPO seperti Tan Sri SM Salim, Dato Sheila Majid, Dato M Nasir, Dato Siti Nurhaliza, Tengku Ahmad Irfan, Bobby Chen, Foo Mei Yi, Dato Yusni Hamid, Datin Paduka Julie Sudiro dan Aishah.

Datuk Ramli Ibrahim merupakan seorang legenda dalam kelasnya tersendiri yang telah memberikan sumbangan besar dalam lapangan seni tari tempatan.

Sebagai seorang penari negara yang terulung, baik dalam seni tarian odisi, bharatanatyam, makyong dan moden, Datuk Ramli Ibrahim telah mengambil inisiatif memberikan pengenalan kepada peminatnya  terhadap kehalusan seni tari ini, baik di dalam negara mahupun di luar negara.

Datuk Ramli Ibrahim dan penari-penarinya  dari Sutra Foundation bakal menari mengiringi tiga karya agung; Prelude to the Afternoon of a Faun (karya Debussy), The Firebird Suite (Stravinsky) dan Shéhérazade (Ravel) yang bakal menampilkan artis soprano Yi Liang Chaing.

Karya-karya ini mewakili jalinan romantika dan pertemuan elemen eksotik dalam kedua-dua nuansa tarian dan muzik.

Koreografi bakal diinspirasikan oleh tarian-tarian Asia yang akan membawa khalayak menyusuri perjalanan seni di mana warna dan lenggok tarian moden Asia digabungkan dengan muzik indah ciptaan komposer klasikal tersohor.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers