Takut Naik Pesawat, Akim Ahmad Jalani Terapi Aerofobia
KUALA LUMPUR, 28 MEI 2014: Penyanyi Akim Ahmad akui perasaan takut naik pesawat yang dikenali sebagai aerofobia telah membataskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan pelakon.
Malah, sehingga kini dia terpaksa menolak apa jua tawaran sekiranya lokasi membuat persembahan mahupun lakonan itu memerlukan dirinya menaiki pesawat.
“Untuk atasi masalah aerofobia ini, saya sedang melatih diri menaiki pesawat untuk jarak dekat yang tidak melebihi 3 hingga 5 jam,” ujar Akim yang popular dengan lagu Bengang.
Menurut Akim lagi, aerofobia yang dialami itu sebenarnya memberi ruang dan rezeki kepada orang lain dan tidak merasa kecewa sekirannya peluang itu adalah bukan untuk dirinya.
“Saya telah menjalani terapi dengan pakar psikologi mengawal aerofobia ini dan keputusannya tidak membahayakan kepada diri saya, ianya adalah perasaan sahaja dan ia boleh diubati.
Sementara itu, Akim yang meraih Anugerah Artis Duo/Berkumpulan Popular ABPBH 2013 bersama Stacy tidak menyangka mereka akan merangkul anugerah itu.
“Stacy tidak dapat hadir dan sebelum majlis itu, Stacy sempat bergurau dengan saya menerusi panggilan telefon supaya naik ke atas pentas untuk menerima anugerah tersebut. Tak sangka gurauan Stacy itu nyata membawa tuah kepada kami ,” cerita Akim lagi.
Pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia 7 ini juga amat berharap mempunyai album penuh duo bersama Stacy dan berdoa agar ada pihak produksi dapat bekerjasama untuk menerbitkannya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.