Zizan Razak Nafi Kontroversi Menyebabkan Dia Tewas Di ABPBH 2013

Zizan Razak Nafi Kontroversi Menyebabkan Dia Tewas Di ABPBH 2013

Zizan Razak Nafi Kontroversi Menyebabkan Dia Tewas Di ABPBH 2013


KUALA LUMPUR, 27 MEI 2014: Kegagalan pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak untuk meraih sebarang trofi di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) dikatakan berpunca daripada beberapa kontroversi yang melibatkan namanya.

Namun pemilik nama Mohd Razizan Abdul Razak ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan percaya semuanya adalah kerana rezeki.

“Bagi saya ini semua rezeki. Jika nak kata saya kalah disebabkan kontroversi pun tak boleh sebab saya percaya pengundi sekarang bijak untuk memilih dan menilai seseorang artis itu.

“Katakanlah jika semuanya berpunca daripada kontroversi, sudah pasti nama saya tidak akan tersenarai sejak pencalonan awal lagi.

“Lagipun saya rasa kontroversi yang melibatkan saya tidak seteruk mana sehinga boleh membuatkan peminat membenci saya,” katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu.

Di samping itu, pelawak berusia 30 tahun ini juga menyatakan bahawa dia menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan bersyukur kerana peminatnya sentiasa memberikan sokongan.

“Saya tercalon dalam lima kategori ini pun sudah cukup membuat saya rasa gembira. Saya redha dan kena ingat rezeki itu ada di mana-mana.

“Tidak ada perasaan kecewa terbit dihati kerana saya faham semuanya bergantung kepada undian peminat.

"Malah saya berbangga kerana semua pemenang hebat-hebat belaka seperti Aaron Aziz, Hafiz, Jep Sepahtu dan Dato' Ac Mizal.” ujarnya.

Dalam perkembangan terbaru, Zizan bakal muncul bersama kekasihnya aktres Emma Maembong dalam telefilem ‘Hantu Selfie’ arahan Michael Ang.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers