Aaron Aziz Harap Kemenangan Ke-2 Di ABPBH Tidak Dipertikai

Aaron Aziz Harap Kemenangan Ke-2 Di ABPBH Tidak Dipertikai

Aaron Aziz Harap Kemenangan Ke-2 Di ABPBH Tidak Dipertikai


KUALA LUMPUR, 26 MEI 2014: Majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013) yang berlangsung malam Sabtu lalu menyaksikan aktor Aaron Aziz sekali lagi merangkul gelaran Bintang Paling Popular di mana dia pernah memenanginya dua tahun lalu.

Selain itu, Aaron juga turut menerima trofi Pelakon Filem Lelaki Popular pada majlis gilang gemilang yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu.

Menurut Aaron, dia berharap agar kemenangan kali keduanya ini tidak ada pihak yang akan membuat pertikaikan kerana hasil kemenangannya adalah berdasarkan undian peminat.

“Saya harap tiada pihak yang akan mempertikaikan kemenangan saya seperti mana pada kali pertama saya mendapat anugerah ini iaitu pada tahun 2011.

“Hasil kemenangan ini ditentukan oleh peminat saya yang bertungkus-lumus mengundi dan tidak putus-putus memberikan sokongan kepada saya,” katanya ketika ditemui media.

Bagaimanapun, sekiranya ada pihak yang masih mempertikaikan kemenangannya itu, dia tidak akan berdiam diri.

“Tetapi andai kata perkara tersebut berlaku, saya tidak akan berdiam diri dan tidak teragak-agak untuk bersemuka dengan pihak berkenaan,” ujarnya.

Dalam pada itu mengulas mengenai kemenangannya, Aaron berkata dia tidak menyangka bahawa namanya diumumkan sebagai pemenang memandangkan artis-artis yang dicalonkan semuanya hebat.

“Sebaik sahaja nama saya diumumkan sebagai pemenang bintang popular, saya terkejut dan tidak percaya.

“Sebab saya memang tak sangka langsung saya akan menang kerana saya merasakan populariti saya semakin pudar… Lebih-lebih lagi artis-artis yang dicalonkan semuanya hebat-hebat belaka.

“Kalau ditanya mengenai persaigan sengit saya rasa antara Zizan Razak dan Shaheizy Sam yang akan menang… tapi Alhamdulillah rezeki berpihak kepada saya.

“Saya ingin berterima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan terhadap saya sepanjang perjalanan karier saya di Malaysia.” jelasnya.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers