Corat-Coret Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013

Corat-Coret Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013

Corat-Coret Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013


KUALA LUMPUR, 26 MEI 2014: Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2013) yang berlangsung Sabtu lalu di PICC Putrajaya telah menyaksikan Siti Saleha menggodol 2 anugerah iaitu Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Pelakon dari Seberang Tambak, Aaron Aziz pula merampas semula takhta sebagai Bintang Paling Popular 2013 dan juga meraih Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular.

Namun sepanjang ABPBH2013 berlangsung terdapat banyak kejadian dan cerita yang menarik di sebalik tabir anugerah itu.

Istimewa untuk anda, portal murai.com.my menyampaikan cerita menarik sebagai coret-coret yang mungkin anda tidak dapat lihat di kaca TV.

1. Setelah sejam acara bermula, tempat duduk masih kosong, Murai difahamkan setiap kelab peminat hanya boleh membawa masuk 10 orang ahli sahaja, bagi mengawal situasi itu barulah penganjur membawa masuk mereka ke dalam dewan.

2. Tempat duduk yang ditag Berita Harian juga banyak yang kosong mungkin disebabkan segelintir penonton itu mempunyai urusan lain.

3. Kebanyakkan selebriti pada malam itu ada yang mengikut tema pakaian “magis alam” dan ada segelintirnya tidak dapat memenuhi tuntutan itu.

Corat-Coret Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013


4. Reaksi Fara Fauzana menegur suara latar yang memperkenalkan namanya di awal majlis mendapat perhatian penonton.

5. Gabungan pengacara Antara Fara Fauzana, Amy Mastura dan Shiro ketika waktu iklan membuat penonton tidak kering gusi apabila mereka mengusik penonton di dalam dewan.

6. Ramai artis dan juga selebriti tidak dapat hadir disebabkan atas faktor-faktor tertentu.

7. Ruang pentas yang agak terhad membuatkan tenaga kerja produksi berada dalam tekanan untuk mengalihkan ‘props’ dan alatan-alatan muzik yang lain.

8. Iringan muzik orkestra yang diketuai Datuk Ramli MS diletakkan di hujung kanan pentas, dan ruangan juga sempit bagi mereka.

9. Kadang-kala terdapat masalah teknikal terutama ‘mic’ yang digunakan oleh hos pada malam itu.

Corat-Coret Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013


10. Pilihan genre lagu pada setiap persembahan di atas pentas lebih kepada muzik yang rileks dan santai kerana menghormati tragedi kehilangan “MH370”.

11. Persembahan artis tidak mengecewakan tetapi yang paling menarik perhatian adalah Liza Hanim dan Nora yang mempunyai lontaran vokal yang mantap.

Corat-Coret Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013


12. Ada segelintir penonton di dewan tidak berpuas hati, Tegar di beri ruang untuk membuat persembahan dan ramai lagi artis muda tanah air wajar diberi ruang yang sama di pentas ABPBH.

Corat-Coret Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013


13. Muka-muka baru yang meraih anugerah turut menarik perhatian penonton seperti Zara Zya dan Shah Iskandar mendapat tepukan yang amat gemuruh.

14. Satu kategori online tercicir dan tidak dipaparkan di kaca tv iaitu Artis Wanita Stailo Yana Samsudin.

15. Secara keseluruhan ABPBH2013 berjalan lancar kecuali Dewan PICC yang terlalu luas dan ruang pentas yang terhad wajar menjadi penganjaran kepada penganjur sama ada mahu menganjurkan acara prestij ini ditempat sama.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers