Apa Kata Zizan Tentang Kemenangan Aaron Aziz Di ABPBH

Apa Kata Zizan Tentang Kemenangan Aaron Aziz Di ABPBH

Apa Kata Zizan Tentang Kemenangan Aaron Aziz Di ABPBH


KL, 27 MEI 2014: Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) yang berlangsung Sabtu lalu menyaksikan aktor Aaron Aziz dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular.

Kemenangan ini sekali gus mengenepikan ramalan awal banyak pihak yang menjangkakan gelaran tersebut akan menjadi milik pelawak Zizan Razak.

Malah, Zizan pada malam tersebut gagal membawa pulang sebarang trofi meskipun pada awalnya dia antara selebriti yang paling banyak tercalon dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan.

Kegagalan Zizan pada malam tersebut menyebabkan ada yang berpendapat ianya berpunca daripada beberapa kontroversi yang melibatkan namanya.

Namun pelawak kelahiran program Raja Lawak musim pertama ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan percaya semuanya adalah kerana rezeki.

Justeru, tidak terlintaskan perasaan cemburu di hati Zizan apabila melihat rakan lakonannya dalam filem KL Gangtser, Aaron Aziz menjulang trofi Bintang Paling Popular buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun?

Mungkin itu persoalan yang harus dijawab Zizan apabila dia hadir sebagai tetamu jemputan dalam program MeleTOP malam ini.

Malah Bintang Paling Popular 2013, Aaron Aziz turut sama hadir dalam program itu untuk berkongsi perasaannya selepas sekali lagi merangkul gelaran tersebut.

Selain itu, turut akan membuat penampilan khas ialah pelawak terkenal Achey (Bocey) yang turut dinobatkan sebagai Artis Baru Lelaki Popular di ABPBH 2013 tempoh hari. Achey turut akan berganding dengan Neelofa menjadi hos jemputan untuk menggantikan Nabil yang kini berada di Paris.

Semestinya pelbagai gosip panas dan perkembangan terbaru bakal dikongsi bersama khas buat para penonton. Jangan lupa untuk menonton program MeleTOP malam ini jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers