Hairul Azreen Pernah Sangsi Dengan Kelab Peminat Sendiri

Hairul Azreen Pernah Sangsi Dengan Kelab Peminat Sendiri

Hairul Azreen Pernah Sangsi Dengan Kelab Peminat Sendiri


KUALA LUMPUR, 28 MEI 2014: Pelakon yang semakin meningkat naik, Hairul Azreen akui pada mulanya sangsi dengan kelab peminatnya sendiri di mana dia terfikir adakah kelabnya itu sekadar melepaskan batuk ditangga atau diibaratkan mencurahkan air di daun keladi?

Nyata sangkaan Hairul meleset sama sekali apabila kelab peminat yang diberi nama Kapten Hairul Skuad itu membuahkan hasil dan aktif melakukan pelbagai aktiviti seperti aktiviti lasak dan bersukan.

“Kelab ini tertubuh berpunca dari seorang peminat wanita saya yang bersungguh-sunguh memohon kebenaran, pada mulanya saya sangsi tetapi menghormati kemahuannya saya bersetuju untuk menubuhkannya,” ujar Hairul yang pernah membintangi filem Keramat.

Segala aktiviti akan diuruskan oleh kelabnya itu dan ianya kini mempunyai 100 orang ahli, manakala sendiri Hairul akan menyertainya bergantung pada jadual kerja.

“Terbaru, saya dan ahli kelab peminat bakal pergi bercuti bersama di Pulau Tioman, pelbagai aktiviti akan dibuat antaranya snorkelling, memancing serta aktiviti marin yang lain,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Hairul baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Misiku Kuza musim ke-2. Ia bakal ditayangkan pada Jun akan datang yang turut dibintangi Erin Malek.

Hairul juga turut menyertai rombongan selebriti ke Barcelona dengan penerbangan Air France anjuran Rafflesia pada 23 Jun hingga 30 Jun 2014 bersama empat orang artis lain iaitu Tasha Shilla, Fizo Omar, Kamal Adli dan Miera Liyana.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers