Shah Iskandar Impikan Status PR Malaysia

Shah Iskandar Impikan Status PR Malaysia

Shah Iskandar Impikan Status PR Malaysia


KUALA LUMPUR, 27 MEI 2014: Pelakon yang berasal dari Singapura, Shah Iskandar akui yang dia mengimpikan untuk menjadi PemaustatinTetap (PR) Malaysia sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan itu mencukupi.

“Buat masa sekarang saya hanya memperbaharui permit kerja khas untuk lakonan sahaja setahun demi setahun untuk memudahkan kerjaya saya di Malaysia,” ujar pelakon Teduhan Kasih itu.

Menurutnya, untuk memenuhi syarat itu, dia perlu menetap di Malaysia melebihi 5 tahun dan bebas daripada sebarang permasalahan.

“Sekiranya saya memperoleh status PR itu, ianya amat memudahkan saya membuat sebarang urusan di sini terutama bidang lakonan yang saya ceburi,” jelasnya lagi.

Shah bagaimanapun turut akui pelbagai cabaran perlu ditempuhi terutama terpaksa meninggalkan ibunya di Woodlands Singapura untuk mengembangkan kariernya di Malaysia.

Dia yang meraih anugerah Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH 2013 hanya dapat meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada peminat yang sanggup mengundi untuk dirinya.

“Di Singapura saya lebih kepada bidang pengacaraan. Tapi sekiranya diberi peluang di sini saya akan membuktikan diri saya mampu menggalas tanggungjawab itu,” tambahnya.

Dalam pada itu, Shah juga memaklumkan bahawa dia bakal muncul dalam sebuah drama terbaru berjudul ‘Plan B’ yang ditayangkan di TV3 dan Teater Projek Kahwin bermula 6 hingga 14 Jun depan di Istana Budaya.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers