Tengku Azura Terima Fasha & Nora Danish Sebagai Keluarga

Tengku Azura Terima Fasha & Nora Danish Sebagai Keluarga

Tengku Azura Terima Fasha & Nora Danish Sebagai Keluarga


KUALA LUMPUR, 27 MEI 2014: Kemunculan dua pelakon popular Nora Danish dan Fasha Sandha ketika majlis pernikahan supermodel terkenal tanah air, Tengku Azura dan pasangannya Ramelle Ashram di Flora Terrace Hampshire Palace, Jalan Tun Razak menjadi bual bicara ramai.

Apatah lagi, Tengku Azura kini merupakan adik ipar kepada Rizal Ashram atau Jejai yang telah mendirikan rumah tangga bersama Fasha Sandha dan merupakan bekas suami kepada Nora Danish.

Ditanya portal murai.com.my tentang sejauh mana keakraban antara Tengku Azura dengan dua selebriti popular berkenaan, dia berkata jalinan hubungan antaranya dan Ramelle telah mengeratkan hubungannya dengan dua pelakon itu.

“Saya baru saja rapat dengan Fasha dan saya memang mengenali Nora. Alhamdulillah perkahwinan ini dapat merapatkan lagi hubungan saya dengan mereka.

“Apa yang penting saya melayan mereka sebagai ahli keluarga kerana sekarang mereka adalah ahli keluarga saya.

“Begitu juga dengan Nora. Apa yang penting saya melayan mereka semua sebagai keluarga saya,” katanya ringkas.

Ditanya perasaannya sekarang selepas mendirikan rumah tangga, kata Tengku Azura dia merasakan dirinya cukup gembira dan terasa teramat ringan sebaik sahaja diumumkan sebagai isteri kepada jejaka berkenaan.

Katanya, semua perasaan itu dapat dilihat dalam kebanyakan gambar majlis resepsinya dan Ramelle yang telah dikongsikan di laman sosial Instagram miliknya sejak semalam.

“Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Saya terasa sangat ringan dan gembira ketika ini. Mungkin anda dapat melihat kebahagiaan saya itu di dalam gambar-gambar saya.

“Ramelle seorang yang sangat penyanyang . Dia tahu apa yang dia mahukan dan sangat tegas dalam setiap keputusannya.

“Dia seorang yang sangat berkeyakinan dan yang penting dia lebih muda dari saya. Itulah yang membuatkan saya suka dengannya,” katanya mengidamkan untuk dikurniakan seorang cahayamata sebelum usianya mencecah 40 tahun, tahun depan.

Selain kualiti sempurna yang ada dalam diri Ramelle, dia juga akui bahawa suaminya itu mempunyai hubungan  rapat dengan kedua-dua orang anaknya terunanya yang kini telah mencecah usia belasan tahun.

Oleh kerana itu juga dia tidak teragak-agak untuk mengahwini Ramelle meskipun mereka sudah mengenali satu sama lain sejak dua tahun setengah yang lalu.

iskandarX: dah lama is tak dengar cerita pasal fasha kan? movie pun takder xbest lerr.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers