Dato` AC Sebak, Menang Pengacara TV Lelaki Popular Buat Kali Pertama

Dato` AC Sebak, Menang Pengacara TV Lelaki Popular Buat Kali Pertama

Dato` AC Sebak, Menang Pengacara TV Lelaki Popular Buat Kali Pertama


KUALA LUMPUR, 27 MEI 2014: Setelah hampir 22 tahun bergelar artis akhirnya pengacara dan pelakon Dato’ Ac Mizal telah dinobatkan sebagai Pengacara TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) buat pertama kalinya.

Malah suami kepada pelakon Emylia Rosnaida ini juga kelihatan sebak semasa mengambil trofi berkenaan di atas pentas.

Menurut AC Mizal, dia sememangnya terkejut dan menyifatkan kemenangannya itu adalah sesuatu di luar jangkaan.

“Alhamdulillah… Memang saya tak jangka langsung sebab dah bertahun-bertahun saya tak menang… Tak sangka pula rezeki saya adalah pada hari ini.

“Sejujurnya saya tak terfikir pun saya akan menerima anugerah ini dan pada hari ini saya datang dengan tujuan untuk membuat persembahan bersama Mawi,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.

Selain itu, AC juga turut mendedikasikan kejayaannya itu kepada isteri tersayang yang merupakan tulang belakangnya selama ini.

“Paling penting kejayaan ini bukan milik saya seorang tetapi adalah milik isteri saya… Dia adalah segala-galanya.

“Saya sangat gembira… Sebelum ini saya selalu buat orang ketawa dengan hasil kerja saya dan hari ini dengan adanya trofi ini sekurang-kurangnya dapatlah sesuatu untuk saya dan isteri,” ujarnya tersenyum.

Di samping itu AC juga berasa terharu dengan sokongan yang diberikan oleh peminat terhadap dirinya sehingga berjaya merangkul anugerah tersebut.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang mengundi saya terutamanya yang setia bersama saya bertahun-tahun lamanya walaupun tidak dinafikan ada masa saya rasa seperti ingin berputus asa.

“Peluang yang diberikan ini telah menaikkan semangat saya untuk bekerja dengan lebih keras lagi… Bagi saya, selagi ada orang yang mahu melihat hasil kerja saya maka saya tidak akan putus asa dan terus berada dalam industri ini.” tambahnya.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers