Erra Fazira: Tak Salah Kalau Saya Berkawan Dengan Shahir
KUALA LUMPUR, 28 MEI 2014: Juara AF8, Shahir baru-baru ini telah membuat kejutan Isnin lalu apabila mengakui yang dia berkawan baik dengan primadona Malaysia, Erra Fazira.
Lantas, pihak ERA fm yang berkesempatan bertemu dengan bekas ratu cantik ini di majlis pelancaran koleksi Highness Eidul Fitri by Rizman Ruzaini tidak melepaskan peluang untuk hal ini kepadanya.
Bagaimanapun, Erra seakan sudah dapat mengagak soalan ini akan diajukan kepadanya dan menjelaskan perkara itu bukanlah hal besar. Baginya Shahir mempunyai hak berkawan dengan sesiapa pun dan perkara itu tidak perlu dipersoalkan.
"Semasa dia ditemuramah saya ada waktu itu. Tak ada pun dia cakap kata berkawan rapat. Tetapi biasalah ada yang menokok tambah. Berkawan memang saya berkawan dengan dia. Buat apa saya berbohong. Lagi pun saya ini bukan remaja belia lagi nak begitu dan begini.
“Erra memahami situasi Shahir apabila diasak dengan pertanyaan sebegitu. Erra diterjah pada hari yang sama dengan Shahir mengenai hubungan mereka.
"Kami diterjah hari yang sama. Mungkin saya sudah biasa dengan situasi sebegini jadi saya boleh menjawab secara mudah. Tetapi Shahir mungkin dia terperanjat dengan soalan sedemikian rupa. Dia budak baik dan mungkin cara dia menjawab itu dimanupilasikan oleh pihak media,” kata Erra lagi
Menurut Erra lagi, isu antara Shahir dan dirinya timbul apabila Shahir diperkatakan dilamar Erra.
“Itu semua adalah salah faham kerana Shahir dilamar untuk projek teater yang dijayakan oleh Erra dan pengarahnya adalah Erma Fatima. Tetapi Shahir belum bersedia menerima tawaran tersebut kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang nyanyian.
“Teater berjudul Ratu itu khabarnya akan di pentaskan di Istana Budaya pada bulan Jun tetapi kemungkinan besar terpaksa ditunda kerana kesuntukkan masa. Semua itu bakal terungkai kelak,” jelas Erra lagi.
Tidak cukup dengan isu perhubungannya bersama Shahir, gambar yang dinaikkan di Instagram oleh bekas suami Erra, iaitu Engku Emran mengundang tanda tanya. Jika dilihat pada gambar tersebut, seolah-olah kedua-duanya bersatu kembali. Tetapi berbeza jawapan dari Erra Fazira.
"Saya faham mesej yang hendak disampaikan oleh dia. Kiranya kami macam contoh kepada orang luar terutama yang bercerai yang abaikan anak dan sebagainya. Walaupun kami berpisah tetapi tanggungjawab terhadap anak tetap diutamakan dan kami boleh bersama dan bersatu demi anak.
“Tidak semestinya kalau demi anak-anak perlu bersatu atau rujuk semula. Tetapi kita boleh berbaik demi anak. Dan saya rasa ia sepatutnya dipratikkan oleh insan-insan yang telah berpisah," tutur Erra mengakhiri perbualan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.