Transisi Diri Hafiz Suip Dalam Luahan Hati Anak Seni

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Transisi, Diri, Hafiz Suip, Dalam, Luahan Hati Anak Seni


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 13 JUN 2013: Langkah yang diatur oleh Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 23,dilihat semakin menyinar dengan beberapa pencapaian yang diraihnya semenjak bergelar juara bagi pertandingan realiti Akademi Fantasia musim ketujuh pada 2009.

Dalam jangka waktu yang boleh dianggap singkat, Hafiz telah berjaya menerima beberapa pengiktirafan yang tinggi melalui acara hiburan berbentuk anugerah mahupun pertandingan.

Juara untuk program ala All-Star untuk penyanyi tempatan iaitu Mania ini juga berjaya mencipta hatrik apabila membawa pulang Vokal Terbaik tiga kali berturut-turut di pentas Anugerah Juara Lagu.

Tidak pernah berhenti atau merasa erti penat, Hafiz kini tampil lebih segar dan hip dengan album terbarunya iaitu Hafiz Suip - Luahan Hati Anak Seni yang dilancarkan di Wisma Bentley Music, Mutiara Damansara bersama Astro dan Warner Music Malaysia.

Hafiz yang ditemui selepas berakhirnya pelancaran album keduanya itu telah menzahirkan perasaannya yang sangat berpuas hati dengan keseluruhan hasil karya terbaru daripadanya ini. Berkonsepkan ala mini magazine, Hafiz menyatakan bahawa konsep tersebut dipilih kerana ia mahu dijadikan sebagai kenang-kenangan buat peminat kesayangannya.

"Album terbaru saya ini memang istimewa kerana idea ini dipilih agar ia boleh dijadikan collectible item dengan pendekatan konsep mini magazine. Sekaligus ia membawa anda membaca apakah yang terkandung di dalam Luahan Hati Anak Seni itu.

"Idea menghasilkan album ini mengambil inspirasi majalah Glam Lelaki iaitu majalah khas untuk jejaka yang sentiasa up-tp-date dengan fesyen dan trend dan ianya dianggap sebagai transisi imej saya juga yang mahu kelihatan lebih kemas.

"Konsep lagu secara keseluruhannya adalah baladayang menyampaikan mesej yang pelbagai dan single Bahagiamu Deritaku kini mendapat sambutan hingga ke Indonesia dan saya juga turut menyumbangkan hasil tulisan lirik untuk Mungkinkah dan Deklamasiku.

"Lagu-lagu lain seperti Matahari, Hanya Ingin Kau Cinta, Kesimpulan dan termasuklah Muara Hati turut dimuatkan di dalam Luahan Hati Anak Seni,"cerita Penyanyi Lelaki Paling Popular 2012 ini mengenai album keduanya yang kini berada di pasaran hasil edaran Warner Music Malaysia.

Pada majlis perlancaran yang mengambil tempat di Auditorium Wisma Bentley itu, , Naib Presiden Bahagian Remaja Astro, Pueteri Yasmin Megat Zaharuddin yang mewakili Astro telah merasmikan album terbaru Hafiz Suip itu. Hadirin yang hadir turut dihiburkan dengan dendangan lima buah lagu daripada album terbaru ini termasuklah single yang kini meletop di carta radio, Bahagiamu Deritaku.

Acara ini turut disaksikan ahli keluarga, rakan media, wakil daripada Warner Music Malaysia dan para peminat yang dijemput bagi meraikan kejayaan Hafiz dengan album keduanya itu.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers