Sejak putus cinta dengan Shahrizal Jazsle kira-kira dua tahun lalu, tidak terdengar pula Miera Liyana bertemu pengganti. Malah beberapa kali terserempak dengannya di acara hiburan tempatan, gadis berusia 21 tahun ini tegas mengatakan yang dia masih solo - masih belum jumpa yang betul-betul sesuai, katanya.
Namun baru-baru ini dalam diam rupanya pelakon filem Pecah ini dikatakan bertemu cinta baru, di Miami. Oh, jauhnya.
"Sebenarnya baru-baru ni saya ke Miami. Saya berkesempatan saksikan perlumbaan kereta (drift) di sana. Jadi saya semakin jatuh cinta dengan sukan tu. Baru jer feeling-feeling nak cuba. Saya memang dah lama minat dengan sukan lasak sebegini. Macam sebelum ni, saya ada juga keinginan nak bawa motor besar", jelasnya yang turut mengulangi kenyataan seperti sebelum sebelum ni bahwa dirinya masih belum berpunya.
Dirogol, Lahirkan Anak Luar Nikah
Menyentuh perkembangan kerjaya, terbaru, Miera yang juga duta Drive M7, tampil menerusi lakonan dalam filem Pecah. Karya yang diadaptasi dari novel fiksi terlaris dengan judul yang sama, Pecah, ini diarahkan oleh Asrulhisyam Ahmad (Black). Filem tersebut ditayangkan mulai 13 Jun (hari ini).
Memengang watak sebagai Sarah, cabaran besar yang perlu dihadapi Miera kali ini ialah apabila dirinya dirogol bapa sendiri iaitu Bakar (lakonan Zain Ruffedge). Lebih sengsara, Sarah hamil anak luar nikah.
"Walaupun sebelum ini saya pernah bawa watak gadis dirogol, tapi saya akui babak itu memang mencabar. Lebih-lebih lagi, penggambaran dijalankan sekitar jam 3, 4 pagi. Jadi memang nak tak nak, saya kena pastikan saya ada tenaga dalam waktu-waktu begiu, dengan nak menahan mengantuk lagi masa tu.
"Tetapi paling mencabar ialah babak saya bersalin. Saya tiada pengalaman dalam situasi tu, jadi pada mula ia memang agak susah untuk saya lakukan. Mujur dengan bantuan pengarah, abang Black, saya dapat lakonkan babak itu. Sehari selepas shooting tu, suara saya terus hilang akibat banyak menjerit", katanya.
Selain itu Miera bakal sibuk di set penggambaran drama bersiri Rumah Usang yang akan ditayangkan sepanjang Ramadan nanti, di saluran TV3.
- kredit foto-foto Faisol Mustafa
- mD
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.