Daphne Iking |
NINA FARZUIN MD SHAROM
13 Jun 2013
SUDAH lama tidak beraksi menerusi lakonan layar perak, pengacara, Daphne Iking bakal tampil dengan filem terbarunya tidak lama lagi berjudul Sindiket yang baru sahaja memulakan penggambaran di Sabah.
Menurut Daphne, ini adalah kali pertama dia bekerja di bawah pengarah berbakat, Bade Azmi dan juga bergandingan dengan hero filem tersebut, Sharnaaz Ahmad.
Majlis pelancaran filem Sindiket |
"Dalam filem ini saya memegang watak sebagai seorang polis bernama Sabrina.
"Saya memang teruja memandangkan karakter yang saya bawa berlainan daripada lakonan saya sebelum ini. Tambahan pula saya menggunakan dialek orang Sabah, yang mana saya memang cukup selesa lakukannya.
Mengulas lanjut mengenai karakternya, Daphne memberitahu, ia juga merupakan kali pertama dia terlibat dalam lakonan filem aksi.
"Mujur ayah saya merupakan seorang bekas anggota polis. Untuk jayakan karakter ini saya ambil inspirasi daripada ayah saya sendiri. Ini sudah cukup membantu saya.
"Filem kali ini bagi saya, memang mencabar dan sebagai seorang pelakon, saya akan cuba lakukan yang terbaik dan mengharapkan peminat akan berpuas hati dengan hasilnya nanti," jelasnya.
Amal diet ketat?
Melihat keadaan beberapa teman dan ahli keluarga yang menghidap penyakit kronik, sudah cukup memberi kesedaran buat Daphne untuk tidak mengabaikan kesihatan dirinya.
"Sebenarnya, sejak tahun lalu lagi saya telah amalkan diet di mana saya tidak mengambil pemakanan yang bergula tapi setakat ini ianya belum konsisten. Memang orang nampak saya kurus, tapi sebenarnya tidak," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Sindiket, baru-baru ini.
Menurutnya, selain mengamalkan pengambilan makanan yang tidak bergula, dia juga sering melakukan pelbagai aktiviti sihat supaya dietnya seimbang.
"Dari segi pemakanan pula, ada kawan yang beri cadangan supaya mengambil beras perang tapi masalahnya tekak saya tidak berselera dengan rasanya.
"Bagi saya, untuk menjaga kesihatan ia bukan hanya dari segi pemakanan, namun ia juga memerlukan aktiviti senaman. Kalau ada masa lapang saya akan buat yoga," katanya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.