Che Ta Nafi Propa Dalam MasterChef Selebriti 2

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Che Ta, Nafi, Propa, Dalam, MasterChef 2, SEKSI, Rozita Che Wan, Tetak besar, simbol seks


Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 13 JUN 2013: Sedutan yang menunjukan pelakon seksi Rozita Che Wan,41 atau Che Ta menangis dalam episod terbaru program MasterChef Selebriti Malaysia 2 baru-baru ini nampaknya telah menimbulkan tanda tanya.

Beberapa pihak menyifatkan tindakan Che Ta itu hanya lakonan semata-mata atau propa dalam satu strategi untuk meraih simpati, apatah lagi untuk meningkatkan rating rancangan kegemaran ramai berkenaan.

Ditemui portal murai.com.my sempena majlis perlantikannya sebagai duta makanan tambahan untuk lebih cantik dan sihat, Longevite di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi, Che Ta bagaimanapun menafikan bahawa tindakannya itu adalah sebahagian daripada lakonan.

"Saya tak drama mahu pun propa. Saya memang betul-betul menangis kali ini sebab hajat saya memang mahu keluar dari program berkenaan tidak kesampaian kerana nama saya masih kekal berada di situ.

"Ramai juga yang pelik, sedangkan waku Zain terkeluar dulu, saya sedikitpun tidak menangis, tapi kali ini lain pula jadinya. Terus terang saya memang seorang yang susah untuk nangis. Tapi dalam episod itu saya memang tertekan dan mahu saja keluar. Bagaimanpun hajat saya itu tidak kesampaian dan oleh kerana itu saya menangis.

"Saya tak mahu orang kata saya suka melihat Zain serta peserta lain terkeluar, sebab itu saya tak menangis. Bukan macam itu. Kerana pada awal pertandingan saya mahu membuktikan kepada orang ramai yang saya boleh memasak dan sekurang-kurangnya kekal ke peringkat top 10. Tapi tak sangka pula sampai ke peringkat top 5 dan apabila sampai di tahap itu saya menjadi lebih tertekan," katanya berterus terang.

Tambah Rozita Che Wan, meskipun rancangan berkenaan berbentuk rakaman, tetapi segala apa yang berlaku di dapur MasterChef Selebriti adalah berkaitan dengan dirinya sebenar , apatah lagi untuk memalsukan atau melakonkan segala gerak geri mahupun perilakunya.

Jelas Rozita Che Wan lagi, dia cukup sedih apabila ramai pihak yang mempertikaikan kewibawaannnya memasak walaupun hakikatnya dia memang seorang individu yang memang suka memasak.

Oleh kerana itu, dia telah menyahut cabaran ramai untuk mengekalkan namanya sehingga ke peringkat tertinggi bagaimanapun tidak menyangka cabaran yang menanti nampaknya semakin sengit.

"Ketika cabaran untuk membuat Bubur Lambuk saya dan Micheal Ang sudah bersepakat untuk terkeluar. Sayangnya hidangan saya masih diterima oleh pihak juri, saya dikekalkan dalam rancangan itu dan Micheal Ang pula terkeluar.

"Bagi saya, selebriti seperti Syura dan Celina merupakan dua peserta yang begitu komited untuk menang dan mereka buat banyak penyelidikan atau kerja rumah untuk mencapai ke sasaran itu. Tapi tidak buat saya," katanya.

Bagaimanapun menurut Che Ta, MasterChef Selebriti Malaysia 2 telah berjaya memberikan publisiti meluas buat dirinya dari segala sudut. Malah sedutan dia menangis berkenaan telah merubah persepsi orang ramai untuk lebih memahami isi hatinya yang sebenarnya tertekan.

"Apa yang saya suka lihat, ketika awal rancangan ramai yang kurang senang dengan saya. Tetapi selepas saya menangis ramai pula yang bersimpati dengan saya," katanya sambil tersenyum gembira.



Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers