Selama ini, kalau apa saja kritikan atau cemuhan daripada sesetengah pihak mengenai dirinya, beliau sekadar mendengar dan tidak telalu ambil pusing dengan kata-kata negatif yang dilemparkan terhadapnya.
Namun Rozita Che Wan atau Che Tah baru-baru ini terkesan dengan pandangan serong mahupun kata-kata sinis yang sering dilemparkan kepadanya sejak dia menyertai program realiti MasterChef. Hingga membuatkan aktres jelita lagi kontroversi ini berasa patah semangat.
"Masa mula-mula saya masuk MasterChef, ramai yang kutuk saya. Ada yang cakap saya ni harap pakai bulu mata aje, tapi tak pandai masak. Ada yang kata saya tak sedar diri sebab pakai skirt pendek. Macam-macam lagi lah. Jadi kawan-kawan kat dalam Masterchef tu pun selalu bagi tahu saya yang ramai orang kutuk-kutuk saya. Saya rasa patah semangat bila dengar semua tu.
"Mujur ada Michael Ang (Mic). Kami berdua kawan baik masa dalam Masterchef ni. Tapi bila minggu lalu dia tersingkir, saya menangis. Sebenarnya sepanjang MasterChef, itu kali pertama saya menangis. Saya tak rapat dengan yang lain-lain. Kalau sebelum ni sesiapa terkeluar saya tak menangis sebab saya ni memang jenis susah nak nangis. Zain keluar pun saya tak nangis.
Tapi bila Mic keluar, saya sedih sebab lepas ni saya tak ada kawan. Saya nangis sebab saya pun nak ikut sama keluar tapi Astro tak bagi saya keluar", ujarnya ketika diminta mengulas mengenai insiden dia menangis dalam siaran program MasterChef Selebriti musim kedua, baru-baru ini.
.
Che Tah ditemui pada majlis pelantikkan dirinya sebagai duta produk makanan tambahan anti penuaan, Longevite, bertempat di PWTC, malam tadi.
Begitupun, selepas insiden tersebut, Che Tah menerima banyak respon positif daripada para peminat dan penonton. Justeru walaupun kini sahabat baiknya sudah terkeluar, dia akur dengan keputusan Astro dan meneruskan perjuangannya menempuh cabaran dalam minggu-minggu akan datang.
"Bila orang kutuk-kutuk saya dulu, saya berazam nak capai sekurang-kurangnya dalam Top 10. Tapi sekarang Allhamdulillah, orang dok kutuk-kutuk saya pun, sekarang saya dah di Top 5. Saya tak harap nak menang pun sebab saya ni pelakon, bukan tukang masak
"Satu lagi, lepas saya nangis hari tu, banyak pula respon positif yang saya dapat dari orang ramai. Sejujurnya saya memang menangis betul keran sedih Mic terkeluar. Bukan drama, drama tau", katanya.
Dalam pada itu, Che Tah menyifatkan pemilihannya sebagai duta makanan tambahan untuk kesihatan dan kecantikan Longevite, satu pengiktirafan memandangkan beliau mementingkan aspek penjagaan kecantikan dalaman dan luaran sejak remaja lagi.
Malah peserta Masterchef Selebriti Malaysia 2, mengakui dirinya bukan seorang pengamal makanan tambahan dalam rutin hariannya. Tetapi selepas mencuba Longevite, dia mula menyukainya dan merasakan perbezaan ketara pada kulit, rambut dan tahap kesihatan dalaman dan luaran secara total.
.
"Sebelum ni saya tak pernah ambil apa-apa pil tambahan sebab saya ni memang jenis nak makan ubat. Masuk jer pil fdalam mulut, terus saya akan muntah. Tapi bila saya cuba produk ni sejak April lalu, saya terus jadi suka. Ia buat saya rasa lebih bertenaga, kulit jad cantik dan paling penting, ia memberi kesihatan dalaman pada diri kita", katanya.
Dalam perkembangan lain, Che Tah baru saja selesai menjalani penggambaran drama Klon. Sekarang beliau sibuk dengan rakaman program Primadona Raya dan di set penggambaran drama bersiri Biarkan Aku Menangis untuk saluran RTM 1.
- mD
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.