Demi Nyonya & The Gang, Fafau Cuma Tidur Sejam

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Demi, Nyonya And The Gang, Fafau, Cuma Tidur, Sejam, Farah Fauzana


Teks oleh Kheme Rosly

KUALA LUMPUR, 13 JUN 2013: Bukan mudah untuk mengekalkan populariti selari dengan hasil kerja yang bagus. Biarpun terpaksa berkompromi dengan masa yang terhad serta keadaan diri yang penat, namun adajalanya selebriti versatil Farah Fauzana terpaksa akur dengan situasi tersebut, demi kerjaya serta komitmen yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya.

Terbaru ketika ditemui di sidang akhbar bagi pementasan teater Nyonya & The Gang di Istana Budaya, deejay radio Hot.FM ini telah berkongsi cerita mengenai kondisi dirinya yang ketika itu sangat penat.

"Sebenarnya saya hari ini 'rabak' dah. Tunggu masa sahaja ini. Daripada semalam hingga ke hari ini saya baru dapat melelapkan mata lebih kurang satu jam sahaja. Semalam saya terlibat dengan program latihan anjuran NSTP di Putrajaya dan ia berakhir pada lewat malam.

"Masuk semula ke konti untuk segmen pagi saya di radio seperti dan habis semua saya kena berada disini untuk bersama sidang media Nyonya & The Gang. Saya cuba untuk penuhi setiap komitmen yang telah saya terima ini walaupun sangat penat. Tetapi rasanya lepas ini nak pergi main badminton pula,"ujarnya sambil berseloroh sebaik sahaja ditemui selepas sidang akhbar pementasa tersebut di Istana Budaya, semalam.

Biarpun hanya berpeluang melelapkan mata cuma untuk satu jam pada hari tersebut, dia mengaku ada mengambil ubat-ubatan berbentuk vitamin untuk terus kekal bertenaga.

Pengacara dan deejay radio lulusan bidang komunikasi ini sekian lama menunjukkan minat dalam bidang lakonan dan pernah membintangi filem Jin Notti serta pementasan Nyonya yang sebelumnya.

Menurut Farah, dia sekadar mahu melengkapkan portfolionya serta mencabar kebolehannya sendiri biarpun terpaksa berdepan dengan kekangan masa yang dilihat boleh memudaratkan dirinya.

"Saya mengamalkan pengambilan makanan tambahan sejak dari bangku sekolah lagi dan saya masih mengambilnya sehingga kini. Saya bertahan dengan vitamin untuk terus kekal bertenaga. Mujur ia membantu saya untuk memenuhi jadual saya yang sentiasa padat itu.

"Sebenarnya saya memang menggemari teater dan seringkali datang menonton jika ada sebarang pementasan di sini. Untuk Nyonya & The Gang, saya pernah beraksi untuk teater ini dahulu tetapi untuk watak nyonya. Kali ini saya bergabung bersama Misha Omar dan Amy Mastura menjadi 'keponakan' dan ia memberikan saya cabaran baru iaitu menyanyi.

"Selain itu, Hot.FM telah menjadi stesen radio rasmi Nyonya & The Gang dan saya turut menggunakan kesempatan ini untuk turut mempromosikan teater ini,"cerita Farah yang bakal menyarungkan kebaya hasilan Cosry pada pementasan teresebut bermula 13-21 Jun ini di Istana Budaya.

Teater yang menggabungkan Nyonya arahan Rosminah Mohd Tahir dan The Gang oleh Siti Rohaya Atan akan dipentaskan di Istana Budaya bermula 13 Jun ini turut dibarisi oleh Kiah Propa, Taiyudin Bakar, Amy Mastura, Mardiana Alwi dan Misha Omar. Ia juga akan menampilkan penyanyi, Anuar Zain pada dua malam terpilih iaitu 19 dan 20 Jun ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers