KUALA LUMPUR, 13 JUN 2013: Semenjak dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Damansara, Adira Suhaimi atau Adira sukar dihubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai situasi yang berlaku terhadap dirinya itu sepertimana yang dilaporkan di dalam ruangan Murai Batu pada awal minggu ini.
Dalam ruangan tersebut, Murai Batu ada bercerita mengenai video Keek yang dimuatnaik sendiri oleh Adira menerusi akaunnya di laman sosial tersebut. Penyanyi yang kini menarik perhatian ramai dek kerana keputihannya itu kelihatan lemah dan tidak bermaya namun sempat berjenaka di dalam video itu.
Beberapa kali dihubungi, pihak Murai dimaklumkan oleh pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Jimmy bahawa telah Adira disahkan demam panas yang kuat dan telah dinasihatkan supaya berehat dengan banyak. Dia kini lebih banyak tidur dan hanya bangun untuk makan dan mengambil ubat.
"Saya memohon maaf bagi pihak Adira sebab memang dia dinasihatkan doktor untuk banyak berehat. Tadi pun dia bangun sekejap untuk makan dan ambil ubat, kemudian dia kembali tidur. Adira tidak mempunyai banyak tenaga walaupun selepas discaj pada petang Ahad yang lalu.
"Pada malam Jumaat lepas, kami pergi ke butik Hatta Dolmat kerana ada sesi fitting busana yang ditempah untuk persembahan Adira nanti. Sebaik pulang dari Shah Alam dia mengadu rasa tidak sihat dan pitam di dalam kereta seketika.
"Sebelum itu memang dia ada mengadu rasa macam demam atau sakit kepala tetapi mengenali Adira, dia memang tidak suka jumpa doktor. Jadi saya cuma sediakan ubat seperti Panadol untuknya kerana tidak tahu ia akan menjadi serius seperti ini.
"Syukur tiada apa-apa yang serius cuma dia dinasihati berehat kerana ketika dimasukkan ke Damansara Specialist Centre suhu badannya sangat tinggi mencecah 43 darjah celcius. Doktor menyatakan bahawa ini disebabkan dia tidak berehat dengan cukup dan menyebabkan sistem badannya tidak stabil,"cerita pembantu Adira tersebut ketika dihubungi.
Perkhabaran daripada pembantu Adira ini sedikit sebanyak dapat menjelaskan keadaan sebenar penyanyi kecil molek itu yang sebelum ini tidak diketahui punca dan status sebenar kesihatannya. Selepas keluar daripada pusat perubatan itu, Adira kini dijaga oleh kakaknya.
Pembantunya itu turut memberitahu bahawa akhir-akhir ini memang mereka amat sibuk dengan persiapan untuk album baru. Daripada proses rakaman hinggalah penggambaran kulit album dan pelbagai lagi.
Diharapkan dengan info ini dapat menjawab persoalan yang timbul bila keadaan Adira yang dikaitkan dengan kondisi kulitnya itu. Dek kerana terlalu kuat bekerja telah membuatkan Adira kini terpaksa berehat lebih lama untuk kembali bekerja. Mewakili semua pembaca Murai, kami doakan agar Adira cepat sembuh. Amin.
iskandarX: itulah Adira, Asyik keje je, kan dah pengsan, jangan minum air mineral dengan drinking water tapis tu banyak sangat, buat badan panas je, minum air masak banyak2 lagi bagus percaya lah cakap is nie.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.