Pecah, dari novel ke filem

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Filem, Movie, Melayu, PECAH, Tony Eusoff, Fizz Fairuz, Izreen Azminda dan Sofi Jikan, Dari, Novel, Ke
Antara babak yang ditampilkan dalam Pecah. - Foto ihsan Produksi PECAH


RAZIATUL HANUM A. RAJAK
13 Jun 2013

SEJAK kebelakangan ini, karya adaptasi sering menjadi pertaruhan penerbit untuk diterjemahkan dalam bentuk visual.


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Filem, Movie, Melayu, PECAH, Tony Eusoff, Fizz Fairuz, Izreen Azminda dan Sofi Jikan, Dari, Novel, Ke
Tony dan Fizz turut bergandingan dalam beberapa babak. - Foto ihsan Produksi PECAH


Terbaru, sebuah lagi novel diangkat dan digarap oleh pengarah berbakat, Asrulhisyam Ahmad atau lebih dikenali sebagai Black.


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Filem, Movie, Melayu, PECAH, Tony Eusoff, Fizz Fairuz, Izreen Azminda dan Sofi Jikan, Dari, Novel, Ke
Sofi Jikan hidupkan Pecah. - Foto ihsan Produksi PECAH


Boleh dikatakan perkara ini sebagai khabar gembira buat peminat Bukufixi karya Nizam Bakeri yang berjudul Pecah bakal menemui mereka dalam bentuk visual di pawagam.

Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Tony Eusoff, Fizz Fairuz, Izreen Azminda dan Sofi Jikan, Pecah digarap 90 peratus sama dengan karya sebenar.

Menurut Black, tugas mengarah Pecah disifatkan mencabar ekoran dirinya perlu memastikan karyanya itu setanding dengan karya asal bagi memuaskan hati pembaca novel tersebut.

“Paling mencabar buat saya adalah untuk memuaskan hati semua pembaca novel itu. Saya memang tak akan dapat memuaskan hati semua orang sebab ia subjektif.

“Mesti ada yang tak puas hati dengan babak-babak. Saya hasilkan mengikut imaginasi saya, yang pasti imaginasi kita tak sama antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui pada Malam Pratonton Filem Pecah, malam kelmarin.

Pecah merupakan filem kedua Black selepas Sesuatu Yang Tertinggal yang dihasilkan pada tahun 2010.

Bercakap tentang penamat cerita itu yang tidak sama seperti dalam novel, penulis novel tersebut menjelaskan.

“Ada babak dalam filem ini yang tak ada dalam novel tapi ada dalam manuskrip asal.

“Kalau boleh saya ambil contoh, pada penamat cerita ini, wang dicampak ke dalam pagar rumah polis itu, ia tidak ada dalam novel kerana ia sudah diedit keluar dari novel atas persetujuan saya,” kata Nizam.

Berkisar tentang rompakan yang dijadikan sebagai satu perangkap untuk membalas dendam, pelakon yang pernah memenangi Watak Jahat dalam Filem atau Drama Anugerah Bintang Popular 2013, Sofi Jikan bergandingan dengan Tony Eusoff berjaya menghidupkan watak Alan serta Herman.

Pelakon wanita yang terkenal dengan watak antagonis, Izreen sebagai Lydia bijak membawakan watak tersebut yang disembunyikan di sebalik watak protagonis yang dibawanya daripada awal cerita.

Pecah mula ditayangkan hari ini di pawagam di seluruh Malaysia.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers