Salah satu babak Izreen bersama Tony dalam Pecah. |
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
12 Jun 2013
PELAKON utama filem Pecah, Izreen Azminda yang kini sedang menanti kelahiran anak pertamanya bulan depan berdebar menantikan reaksi penonton filem Pecah, tambahan ada babak yang memaksa dia berkemban.
Walaupun menyifatkan ia bukanlah aksi keterlaluan, namun Izreen berharap ia tidak mengundang sebarang kontroversi dan diperbesarkan.
"Ia tidak terlalu berlebih-lebihan pada Izreen sebab itu Izreen buat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pratonton Filem Pecah, malam tadi.
Mengakui kekok pada awalnya untuk melakonkan babak itu, Izreen dimaklumkan tentang aksi itu pada hari penggambaran.
“Mula-mula agak kekok tapi bila diminta begitu, jadi, Izreen buat sajalah. Sebab saya rasa tak melampaulah,” katanya.
Izreen melakonkan watak sebagai Lydia, kekasih gelap kepada seorang peguam bernama Herman yang dilakonkan Tony Eusoff.
Karakter jahat Lydia ditonjolkan apabila dia mahu membalas dendam terhadap Bakar yang telah merogol ibunya.
Filem arahan Asrulhisyam Ahmad atau Black ini merupakan filem adaptasi daripada novel terbitan Buku Fixi berjudul Pecah karya Nizam Bakeri.
Sementara itu, Izreen merasakan dirinya perlu lebih sensitif dalam memilih watak yang akan dibawanya ekoran status yang dipegang iaitu sebagai seorang isteri dan ibu.
“Selepas ini Izreen rasa, Izreen kena lebih sensitif sebagai seorang ibu dan isteri. Watak dan karakter kena sesuai dengan status Izreen yang sekarang,” katanya yang bakal kembali aktif berlakon selepas tamat tempoh berpantang.
Suaminya yang merupakan juru kamera bebas, Muhammad Riza Baharudin, 30, dikatakan lebih teruja dalam menanti kelahiran bayi pertama mereka.
“Suami lebih teruja nak menyambut kelahiran anak pertama kami. Dia beli banyak sangat barang bayi. Izreen cuma beli apa yang patut saja. Buat apa membazirkan? Bayi cepat besar,” katanya yang masih merahsiakan jantina anaknya itu.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.