Ini bukan pertama kali timbul cerita dia dan Fazura bercinta. Namun spekulasi mengatakan dia dan aktres cantik itu sedang hangat bercinta dikuatkan lagi dengan dakwaan kononnya semalam, seorang peminat ternampak mereka keluar bersama dan berpegangan tangan di sebuah pusat membeli belah.
Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Shaheizy Sam menyatakan dia sudah lali dengan gossip tersebut. Malah Sam mengakui memang rapat dengan Fazura tetapi menegaskan yang hubungan mereka tidak lebh dari sekadar kawan.
“Saya akui memang saya dan Fazura teman rapat tetapi kami tiada apa apa ikatan. Cukuplah saya katakan kami kawan dan akan terus berkawan,” jelas Shaheizy Sam yang mengenali Fazura sejak 2008.
Sementara berkenaan peminat ternampak mereka berdua berpimpinan tangan, Sam menjelaskan yang wanita tersebut adalah ibunya dan bukan Fazura. Katanya, peminat mungkin keliru kerana wajah ibunya dan Fazura kelihatan hampir sama.
“Kalau ada dakwaan mengatakan saya dan Fazura sering keluar bersama, saya akui ya kami selalu keluar tetapi secara faktanya hubungan itu hanya sebagai rakan artis,” tambah Sam lagi.
iskandarX: Aaah, kelabu asap betul la Sam nie, kenapa pegi try Fazura? is riki punya dok par dah lama dah nie, isk isk isk sik
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.