Viral TERKINI!!! PKPB: Sektor peruncitan, makanan, pengangkutan awam beroperasi mulai hari ini di Sabah #COVID19 #RamadanMubarak #STUCKWITHU #malaysia #korbankasih #kitajagakita #adele #beritaviral
Viral TERKINI!!! PKPB: Sektor peruncitan, makanan, pengangkutan awam beroperasi mulai hari ini di Sabah Kerajaan Sabah hari ini memutuskan untuk membenarkan beberapa lagi sektor di negeri ini beroperasi termasuk sektor peruncitan dan makanan serta sektor pengangkutan awam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula hari ini.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata selain itu kerajaan negeri juga membenarkan aktiviti rekreasi dan riadah kesihatan di taman-taman awam.
“Pelaksanaan aktiviti tersebut hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Antara aktiviti peruncitan meliputi kompleks membeli-belah, pasar raya, farmasi, butik dan kedai pakaian, kedai elektronik, kedai buku dan alat tulis, kedai telefon, kedai komputer, kedai hardware, kedai makanan haiwan, bengkel kenderaan dan alat ganti, kedai cermin mata;
Aktiviti makanan pula meliputi perniagaan berpremis merangkumi restoran, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan (berbumbung) dan pasar borong, pasar malam dan bagi aktiviti pengangkutan awam darat dan logistik pula meliputi perkhidmatan teksi, kereta sewa, grab, e-hailing, bas, kereta api, terminal (bas dan teksi) dan logistik darat pelabuhan.
Aktiviti pengangkutan awam maritim meliputi perkhidmatan pelabuhan, jeti persendirian, jeti awam (penumpang dan barangan), feri penumpang dan semua aktiviti sokongan yang berkaitan dengan sektor pengangkutan awam adalah dibenarkan, katanya.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.