Viral TERKINI!!! 10,500 kotak kuih-muih raya-gawai untuk petugas barisan hadapan Sarawak #COVID19 #RamadanMubarak #STUCKWITHU #malaysia #korbankasih #kitajagakita #adele #beritaviral

Viral TERKINI!!! 10,500 kotak kuih-muih raya-gawai untuk petugas barisan hadapan Sarawak #Kerajaan Negeri Sarawak akan menyampaikan 10,500 kotak kuih-muih bersempena Program Sumbangsih Raya-Gawai kepada petugas barisan hadapan daripada 23 buah agensi yang terlibat membendung COVID-19 di negeri ini.

Viral TERKINI!!! 10,500 kotak kuih-muih raya-gawai untuk petugas barisan hadapan Sarawak #Kerajaan Negeri Sarawak akan menyampaikan 10,500 kotak kuih-muih bersempena Program Sumbangsih Raya-Gawai kepada petugas barisan hadapan daripada 23 buah agensi yang terlibat membendung COVID-19 di negeri ini.


Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata pembungkusan kuih-muih itu telah bermula sejak 6 Mei lepas dan setakat ini, sebanyak 5,000 kotak telah disiapkan petugas Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) di sini.

"Tahun ini kita ubah suai, kita memberi Sumbangsih Raya-Gawai kepada (semua 23 agensi) barisan hadapan COVID-19 sebab mereka ini telah bertugas siang dan malam," katanya ketika menghadiri Sesi Pembungkusan Kuih-Muih Raya-Gawai 2020 Kepada Barisan Hadapan COVID-19 di Wisma Wanita, Petra Jaya, hari ini.




Fatimah berkata selain anggota keselamatan dan penguatkuasaan, turut menerima sumbangan berkenaan adalah anggota Pihak Berkuasa Tempatan, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kesihatan, petugas-petugas pusat kuarantin, pusat saringan, Jawatankuasa Bencana Bahagian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sarawak, pengamal media serta pusat gelandangan.

Agihan dan penghantaran bungkusan kuih-muih itu akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri, katanya.

Katanya tahun ini sumbangan terbabit bertambah sebanyak 2,500 kotak berbanding tahun lepas yang kebiasaannya sekitar 8,000 kotak daripada pembekal kuih-muih iaitu Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak, Dewanita Dewan Usahawan Bumiputera Negeri, Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak dan Kelab Rekreasi JWKS.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers