Viral TERKINI!!! Kuih nekbat Rakiah masih popular ketika musim 'PKP'. #COVID19 #RamadanMubarak #STUCKWITHU #malaysia #korbankasih #kitajagakita #adele #beritaviral
Viral TERKINI!!! Kuih nekbat Rakiah masih popular ketika musim 'PKP'. Pelaksanaan Perintah Kawalan (PKP) oleh kerajaan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 tidak menghalang pengusaha kuih nekbat, Rakiah Yaacob, meneruskan jualan kuih tradisional masyarakat Pantai Timur itu pada bulan Ramadan ini.
Rakiah, 53, gigih menghasilkan kuih yang berbentuk seakan kuih bahulu itu susulan ia amat digemari penduduk Kelantan untuk dijadikan hidangan pembuka selera pada waktu berbuka puasa.
Katanya, nekbat menjadi pilihan penduduk Kelantan kerana mudah dimasak iaitu hanya perlu disira dengan air gula dan diletakkan sehelai daun pandan agar ia berbau wangi.
“Sebagai pembuat nekbat yang belum dimasak, prosesnya adalah sama seperti membuat kuih akok dan bahulu namun tidak menggunakan telur yang banyak seperti kedua-dua kuih tradisional itu.
“Saya mampu menghasilkan kira-kira 3,000 biji nekbat dengan menggunakan 300 biji telur sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Padang Siam di sini, hari ini.
Rakiah yang dibantu oleh dua anaknya, Hazirah Ab Hamid, 28, dan Muhammad Faiz, 20, bagi menghasilkan kuih berkenaan berkata beliau hanya menjual nekbat pada Ramadan sahaja sejak 20 tahun lepas dan kemahiran itu dipelajari secara turun-temurun daripada ahli keluarganya.
“Saya dan anak-anak akan memulakan proses pembuatan nekbat secara tradisional kira-kira pukul 10 pagi setiap hari.
Selepas adunan yang terdiri daripada tepung dan telur siap, ia akan dibakar di dalam acuan sama seperti bahulu mahupun akok menggunakan arang serta sabut kelapa dan ia akan masak tiga jam kemudian,” katanya.
Rakiah berkata pelanggan tetapnya adalah peniaga yang berniaga di pasar besar Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, serta penduduk setempat.
Nekbat Rakiah dijual pada harga RM30 bagi 100 biji kepada pemborong dan RM2 untuk empat biji nekbat kepada penduduk setempat.
“Namun pada tahun ini, berikutan pelaksanaan PKP jualan saya merosot kepada kira-kira 1,000 biji sehari berbanding 3,000 biji sehari pada tahun lepas. Itupun selepas anak berusaha mengiklankannya di media sosial. Jika tiada media sosial mungkin jualan akan lebih rendah lagi,” katanya.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.