Viral TERKINI!!! APMM Labuan tahan 14 individu tangkap ikan di kawasan pelantar minyak #COVID19 #RamadanMubarak #STUCKWITHU #malaysia #korbankasih #kitajagakita #adele #beritaviral
Viral TERKINI!!! APMM Labuan tahan 14 individu tangkap ikan di kawasan pelantar minyak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Labuan menahan 14 individu, sembilan daripadanya adalah rakyat Filipina kerana menangkap ikan di kawasan pelantar minyak Kikeh, kira-kira 60 batu nautika dari barat laut Labuan, pada Khamis lepas.
Dalam kejadian 8.21 malam itu, kesemua suspek berumur 14 hingga 71 tahun yang menaiki dua kapal nelayan dan tujuh bot kecil itu sedang memancing ikan apabila ditahan anggota APMM yang sedang melakukan rondaan dalam Op Pelantar.
Pengarah APMM Zon Labuan Komander Nor Bakari Abu Bakar berkata ketika kejadian, anggota APMM sedang melakukan rondaan terhadap pencerobohan di kawasan pelantar minyak dan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Dua daripada suspek adalah rakyat tempatan, tiga penduduk tetap Malaysia, lima memiliki kad IMM3, manakala selebihnya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, bot nelayan dan suspek dibawa ke Jeti Maritim Labuan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.
Kesemua suspek juga telah menjalani ujian COVID-19 oleh petugas Jabatan Kesihatan.
Dalam pada itu, Nor Bakari memberi amaran kepada operator bot tempatan mengenai tindakan undang-undang yang boleh dikenakan sekiranya mereka didapati mengupah pendatang asing tanpa izin.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.