Viral TERKINI!!! COVID-19: Jumlah kes aktif di Rembau naik mendadak - KKM. #COVID19 #RamadanMubarak #STUCKWITHU #malaysia #korbankasih #kitajagakita #adele #beritaviral

Viral TERKINI!!! COVID-19: Jumlah kes aktif di Rembau naik mendadak - KKM. Jumlah kes aktif COVID-19 di Daerah Rembau, Negeri Sembilan meningkat secara mendadak semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berdasarkan infografik CPRC yang dikongsi melalui media sosial rasmi KKM hari ini, jumlah kes aktif di daerah yang dikategorikan Zon Merah COVID-19 itu meningkat kepada 59 berbanding tujuh kes, Khamis lepas. 

Peningkatan drastik itu dipercayai susulan penemuan kluster baharu di daerah terbabit iaitu Kluster Pedas, melibatkan 53 pekerja asing yang didedahkan KKM, semalam.

Sementara itu, sehingga tengah hari semalam, terdapat 10 lagi Zon Merah seluruh negara iaitu tiga kawasan di Selangor; empat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; satu di Johor dan dua di Sarawak.

Di Selangor, Zon Merah melibatkan Daerah Petaling (53 kes), Hulu Langat (55) dan Gombak (80); Kluang, Johor (49); serta Kuching (100) dan Kota Samarahan (43) di Sarawak.

Di Kuala Lumpur pula membabitkan kawasan Batu (101), Kampung Baru (67), Sri Petaling (45) dan beberapa kawasan lain di ibu kota (144). 

Zon Merah mewakili jumlah kes aktif COVID-19 melebihi 41 kes, Zon Kuning (satu hingga 40 kes) dan Zon Hijau tiada kes.

-- BERNAMA

Comments

Recent Posts Widget

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers