Viral TERKINI!!! 177 warga India terkandas pulang melalui penerbangan repatriasi dari KL #COVID19 #RamadanMubarak #STUCKWITHU #malaysia #korbankasih #kitajagakita #adele #beritaviral

Viral TERKINI!!! 177 warga India terkandas pulang melalui penerbangan repatriasi dari KL Warganegara India yang terkandas di Malaysia menyertai misi repatriasi terbesar dunia anjuran kerajaan India dengan 177 daripada mereka diterbangkan malam ini melalui penerbangan repatriasi pertama dari Kuala Lumpur ke Tiruchirappalli, di Tamil Nadu India. 

Viral TERKINI!!! 177 warga India terkandas pulang melalui penerbangan repatriasi dari KL Warganegara India yang terkandas di Malaysia menyertai misi repatriasi terbesar dunia anjuran kerajaan India dengan 177 daripada mereka diterbangkan malam ini melalui penerbangan repatriasi pertama dari Kuala Lumpur ke Tiruchirappalli, di Tamil Nadu India.


Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia Shri Mridul Kumar berkata mereka adalah sebahagian daripada 15,000 rakyat India di Malaysia dijangka diterbangkan ke pelbagai destinasi di India iaitu Chennai, Kochi, Mumbai, Hyderabad dan New Delhi di bawah Misi Vande Bharat. 

"Kira-kira 5,000 orang telah mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi. Setiap hari kami mahu menghantar pulang 180 hingga 250 orang dan semasa minggu pertama proses pemindahan menyaksikan sekurang-kurangnya 1,000 warganegara India pulang,” katanya kepada pemberita selepas menghantar kumpulan pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.




Beliau berkata keutamaan diberi kepada golongan tua dan kes kecemasan perubatan dan dalam penerbangan malam ini, 60 daripadanya adalah warga emas, 14 wanita hamil, lapan kanak-kanak, dua bayi dan empat kes kecemasan perubatan.

Mridul berkata Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan pihak berkuasa atas kelancaran proses repatriasi warganegara India selepas tujuh minggu terkandas di negara ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan dan penerbangan dibatalkan kerana pandemik COVID-19.

Pusingan pertama Misi Vande Bharat dijangka membawa pulang sekitar 200,000 rakyat India di negara asing pada pertengahan Mei dan pusingan kedua pada pertengahan Jun dijangka melibatkan 400,000 orang.

-- BERNAMA 

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers