Viral TERKINI!!! PKP: 25 pelajar pondok terkandas tetap ceria sambut Ramadan. #COVID19 #RamadanMubarak #STUCKWITHU #malaysia #korbankasih #kitajagakita #adele #beritaviral

Viral TERKINI!!! PKP: 25 pelajar pondok terkandas tetap ceria sambut Ramadan. Dua puluh lima pelajar sebuah sekolah pondok di sini yang terkandas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetap ceria menyambut Ramadan, dan mungkin juga meraikan Aidilfitri buat kali pertama di pusat pengajian berkenaan. 

Viral TERKINI!!! PKP: 25 pelajar pondok terkandas tetap ceria sambut Ramadan. Dua puluh lima pelajar sebuah sekolah pondok di sini yang terkandas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetap ceria menyambut Ramadan, dan mungkin juga meraikan Aidilfitri buat kali pertama di pusat pengajian berkenaan.


Rata-rata mereka yang datang dari beberapa negeri termasuk luar negara seperti Vietnam, Thailand dan Kemboja cuma terkilan tidak dapat menjadi imam jemputan tarawih di beberapa tempat pada setiap kali bulan Ramadan, selain berjauhan daripada keluarga masing-masing.

Bagi Mohd Shukri Harun, 23, dari Kemboja, perasaan rindu untuk bertemu adik beradik di kampung halamannya sangat menebal namun akur dengan arahan PKP itu.

"Selalunya saya dijemput jadi imam tarawih di beberapa masjid di negeri ini dan akan balik sebelum Aidilfitri tapi kali ini lain sebab kena tinggal di pondok dan beraya bersama rakan-rakan," katanya ketika ditemui di Pondok Madrasah Dua'udin, Lubok Stol, Rantau Panjang di sini, hari ini.

Lain pula bagi rakan sekampungnya, Nazri Yusof, 24, yang tetap gembira untuk menyambut Aidilfitri di pondok itu dan berharap keluarga di kampung dapat menerima keadaan itu pada tahun ini.

"Sudah tiga tahun saya mengaji di pondok ini. Ini kali pertama tidak balik beraya, namun ada hikmahnya dan saya berdoa agar wabak penyakit ini (COVID-19) tidak ada lagi," katanya.





Ketua pelajar Mohamad Azam Kamaruddin, 25, yang berasal dari Pahang, berkata beliau akan sering  memujuk rakan-rakannya apabila mereka bersedih kerana terpaksa beraya di pondok itu.

"Ini kali pertama saya tidak balik ke Temerloh menyambut Aidilfitri, tapi saya kena kuat untuk jadi contoh kepada rakan-rakan lain," katanya.

Mudir pondok madrasah berkenaan, Abdullah Zawawi Mohamad berkata keseluruhan pelajar pondok itu mencecah lebih 120 orang namun sebahagian besar sempat pulang ke rumah masing-masing sebelum PKP dikuatkuasakan.

Beliau berkata kebiasaannya pada setiap kali Aidilfitri, ada pelajar tidak sempat pulang ke kampung masing-masing kerana menjadi imam jemputan tarawih, namun kali ini jumlahnya agak ramai disebabkan PKP. 

"Kami akan sediakan juadah Aidilfitri untuk pelajar nanti. Cuma, kami berharap ada pihak yang sudi memberikan sumbangan duit raya kepada mereka kerana bekalan makanan yang diterima sudah mencukupi," katanya.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers