Viral TERKINI!!! Orang Asli Kg Lubuk Legong terkesan permintaan hasil hutan kurang #COVID19 #RamadanMubarak #STUCKWITHU #malaysia #korbankasih #kitajagakita #adele #beritaviral

Viral TERKINI!!! Orang Asli Kg Lubuk Legong terkesan permintaan hasil hutan kurang Kebiasaannya apabila tiba pertengahan Ramadan, segelintir masyarakat Orang Asli Kampung Lubuk Legong di sini, pastinya akan sibuk menerima tempahan daripada peraih sama ada di negeri ini atau dari luar untuk hasil hutan terutamanya buluh, pucuk daun palas dan petai.

Viral TERKINI!!! Orang Asli Kg Lubuk Legong terkesan permintaan hasil hutan kurang Kebiasaannya apabila tiba pertengahan Ramadan, segelintir masyarakat Orang Asli Kampung Lubuk Legong di sini, pastinya akan sibuk menerima tempahan daripada peraih sama ada di negeri ini atau dari luar untuk hasil hutan terutamanya buluh, pucuk daun palas dan petai.


Namun, berbeza tahun ini apabila penularan wabak COVID-19 yang membawa kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan permintaan terhadap barangan itu berkurangan selain keadaan cuaca yang kerap hujan menyukarkan masyarakat Orang Asli untuk masuk ke hutan.

Tok Batin masyarakat Orang Asli Lubuk Legong, Razali Kulim, 41, berkata lazimnya pada pertengahan Ramadan sebelum ini antara 10 dan 15 Orang Asli di sini, akan masuk ke hutan selepas menerima tempahan daripada peraih yang menjual lemang, ketupat atau makanan lain yang popular sepanjang Ramadan dan Aidilfitri.

“Kemeriahan sambutan Ramadan kali ini berbeza disebabkan PKP, tambahan pula ada antara kami masih berada dalam hutan kerana mengelak daripada aktiviti berkumpul berikutan pelaksanaan tempoh PKP, jadi permintaan daripada peraih pun kami tidak dapat berikan seperti sebelum ini.




“Seperti tahun-tahun sebelum ini, peraih akan maklumkan lebih awal, jadi kami akan masuk ke hutan untuk mencari buluh lemang, daun ketupat, petai dan akar kayu mengikut permintaan dan jual kepada mereka dengan mendapat bayaran melebihi RM1,000 untuk setiap jualan,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Menurut Razali, keadaan sekarang sememangnya memberi kesan kepada pendapatan mereka, namun dia bersyukur kerana masyarakat Orang Asli di sini banyak menerima bantuan daripada kerajaan serta badan bukan kerajaan yang menghulurkan barangan keperluan asas sepanjang PKP.

“Dalam keadaan kami menghadapi masalah untuk mencari sumber pendapatan harian, kami mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana tidak mengabaikan nasib Orang Asli kerana kami turut menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN),” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk Orang Asli, Sudirman Biat, 34, berkata sejak PKP dilaksanakan dia tidak lagi mengambil upah mencari hasil hutan dan terpaksa membawa keluarganya berpindah ke dalam hutan untuk meneruskan kehidupan.

Di kawasan berkenaan, beliau berkata dia melakukan aktiviti bercucuk tanam termasuk sayur-sayuran dan pisang selain mengutip hasil hutan.

“Saya bersyukur kerajaan banyak membantu bukan sahaja dalam bentuk barangan harian malahan dari segi kewangan melalui BPN, dan menerusi bantuan ini saya guna untuk beli barangan yang penting seperti beras, gula dan lain-lain,” katanya.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers