Viral TERKINI!!! Lima ditahan disyaki terlibat pemalsuan dokumen penjagaan bayi tiga bulan #COVID19 #RamadanMubarak #STUCKWITHU #malaysia #korbankasih #kitajagakita #adele #beritaviral

Viral TERKINI!!! Lima ditahan disyaki terlibat pemalsuan dokumen penjagaan bayi tiga bulan Polis menahan  dua lelaki  dan tiga wanita warga tempatan berumur antara 30 hingga 58 tahun di Perlis dan Pulau Pinang yang disyaki terlibat dalam pemalsuan dokumen penjagaan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Arau, Supt Nanda Ma'arof berkata polis pada mulanya menerima laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis apabila jururawat bertugas gagal mengesan  bayi tersebut ketika  mengadakan pemeriksaan berkala di rumah keluarganya di Taman Desa Pauh, Arau pada Selasa lepas. 

“Apabila disoal oleh pegawai JKM,  ibu bayi berkenaan yang berusia 30 tahun gagal  menjelaskan di manakah bayi tersebut berada malah cuba menyembunyikan keberadaan bayi itu daripada pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Nanda berkata hasil siasatan lanjut, polis mendapati bayi berkenaan telah diserahkan kepada pasangan suami isteri dari Pulau Pinang melalui ibu saudara kepada ibu kandung bayi itu pada Khamis. 

Pemeriksaan lanjut ke atas pasangan suami isteri dari Pulau Pinang  itu kemudian mendapati mereka telah mendaftarkan bayi itu sebagai bayi kandung mereka di Alor Setar dan bukannya sebagai anak angkat, katanya.

Nanda  berkata semua suspek yang ditahan berumur antara 30 hingga 58 tahun itu direman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut serta kes disiasat dibawah Seksyen 48(2) Akta Kanak-Kanak 2001.

-- BERNAMA

Comments

Recent Posts Widget

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers