Viral TERKINI!!! Lebih 60,000 bayar zakat fitrah dalam talian di Sarawak. #COVID19 #RamadanMubarak #STUCKWITHU #malaysia #korbankasih #kitajagakita #adele #beritaviral

Viral TERKINI!!! Lebih 60,000 bayar zakat fitrah dalam talian di Sarawak. Kaedah pembayaran zakat fitrah dalam talian di Sarawak ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendapat sambutan hangat apabila berjaya merekodkan sejumlah 63,632 pembayar yang melakukan transaksi setakat 15 Ramadan.

Viral TERKINI!!! Lebih 60,000 bayar zakat fitrah dalam talian di Sarawak. Kaedah pembayaran zakat fitrah dalam talian di Sarawak ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendapat sambutan hangat apabila berjaya merekodkan sejumlah 63,632 pembayar yang melakukan transaksi setakat 15 Ramadan.


Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata ia melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM445,424 melalui laman sesawang https://pelanggan.tbs.org.my/.

“Pembayaran zakat dalam talian memang mendapat sambutan luar biasa dan merupakan satu perkembangan yang positif bagi seluruh penduduk di Sarawak.

“Masyarakat juga mempunyai kesedaran yang tinggi ditambah pula dengan ujian wabak COVID-19 yang sedang dihadapi ini mungkin menyentuh hati pembayar untuk melakukan pembayaran zakat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Antara aplikasi pembayaran zakat fitrah dan harta secara dalam talian yang lain ialah MyEG, Maybank2U dan Snap N Pay, Boost dan Sarawak Pay.




Kadar zakat fitrah bagi tahun ini ditetapkan oleh Mufti Negeri Sarawak dengan nilai RM7 seorang.

Sementara itu, Abang Mohd Shibli berkata, TBS juga masih meneruskan kaedah tradisional pembayaran menerusi amil yang dilantik khususnya di kawasan pedalaman yang sukar untuk mendapatkan akses internet.

“Seramai 779 amil diamanahkan untuk mengutip zakat fitrah tetapi dengan menggunakan kaedah berada di rumah sendiri dan pembayar yang dikehendaki datang berjumpa dengan amil tersebut.

“Setiap amil yang dilantik dibekal dengan kit zakat fitrah dengan tambahan iaitu peralatan perlindungan diri (PPE) seperti penutup hidung dan mulut serta cecair pembasmi kuman,” katanya.

Orang ramai yang inginkan pencerahan mengenai pelaksanaan pembayaran zakat fitrah boleh mengemukakan pertanyaan menerusi e-mel ke admin@tbs.org.my atau di laman Facebook Tabung Baitulmal Sarawak.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers