Viral TERKINI!!! UTeM, KUIM hantar pulang 181 pelajar malam tadi #COVID19 #RamadanMubarak #STUCKWITHU #malaysia #korbankasih #kitajagakita #adele #beritaviral

Viral TERKINI!!! UTeM, KUIM hantar pulang 181 pelajar malam tadi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) telah menghantar pulang 181 pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) ke Perak, malam tadi.

Viral TERKINI!!! UTeM, KUIM hantar pulang 181 pelajar malam tadi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) telah menghantar pulang 181 pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) ke Perak, malam tadi.


Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Raha Abdul Rahim berkata universiti itu telah menghantar 131 pelajar termasuk 127 orang dari universiti itu, selebihnya dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Malaysia Kelantan dan Politeknik Ibrahim Sultan.

"Pelajar bertolak dari kampus induk UTeM, Durian Tunggal pada pukul 9.00 malam tadi, melibatkan destinasi sekitar Perak iaitu Tanjung Malim, Tapah, Hilir Perak, Kuala Kangsar, Gerik, Taiping, Kerian, Manjung dan Perak Tengah menggunakan 10 bas, satu van," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, UTeM telah menyempurnakan empat operasi penghantaran pulang pelajarnya secara berperingkat-peringkat melibatkan zon selatan, zon tengah, Sarawak dan zon timur.




Naib Canselor KUIM, Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora berkata KUIM) telah menghantar 50 pelajar dari beberapa IPT negeri ini iaitu tujuh dari KUIM selebihnya dari Universiti Teknologi Mara Jasin, Kolej Manipal, Politeknik Merlimau dan Universiti Multimedia ke kawasan sama 9.30 malam tadi.

"Seramai 10 pegawai pengiring dilantik bagi mengiringi pelajar ke 10 Ibu pejabat Polis Daerah terlibat selain memastikan bas serta pelajar mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Pelajar dinasihat agar sentiasa berkomunikasi dengan pensyarah masing-masing dan berusaha menyelesaikan tugasan akhir sebagai ganti peperiksaan akhir semester yang dijadualkan pada 16 Mac sehingga 10 April lepas, katanya.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers