#WHO beri amaran, Afrika mungkin ‘ambil alih’ jadi pusat penyebaran Covid-19 #StayAtHome #KitaJagaKita #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak
Terdapat hampir 1,000 kematian direkodkan dan hampir 19,000 kes positif Covid-19 di seluruh Afrika sehingga kini. |
AFRIKA berpotensi untuk menjadi pusat penyebaran Covid-19 yang seterusnya, demikian amaran yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) juga mengatakan kemungkinan wabak itu akan mengorbankan sekurang-kurangnya 300,000 orang di negara tersebut, sekaligus mendorong hampir 30 juta rakyatnya berdepan dengan kemiskinan.
Perkembangan dalam tempoh seminggu kebelakangan ini menyaksikan peningkatan kes Covid-19 yang mendadak di negara tersebut.
Terdapat hampir 1,000 kematian direkodkan dan hampir 19,000 kes positif Covid-19 di seluruh Afrika sehingga kini.
Dilaporkan juga bahawa benua itu kekurangan ventilator untuk menangani pandemik Covid-19.
Lebih daripada satu pertiga penduduk Afrika kekurangan akses kepada bekalan air yang mencukupi dan hampir 60 peratus penduduk bandar tinggal di kawasan yang sesak - yang berpotensi memudahkan penyebaran wabak.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.