#Trump tetap kata China ‘nombor satu’ di dunia dari segi angka korban Covid-19 #KitaJagaKita #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak

DONALD Trump mendakwa China adalah negara 'nombor satu' dari segi rekod kematian Covid-19.
Walaupun laporan menyatakan AS mencatatkan kematian tertinggi Covid-19 di seluruh dunia, Trump mendakwa China tetap 'nombor satu' dari segi angka korban wabak itu.

DONALD Trump mendakwa China adalah negara 'nombor satu' dari segi rekod kematian Covid-19.

Trump membuat kenyataan itu pada taklimat media koronavirus pada Sabtu dan menyatakan bahawa China, yang telah melaporkan 4,632 kematian akibat wabak itu, sebenarnya mempunyai lebih banyak korban akibat virus itu berbanding AS, yang dilaporkan mencatat 38,779 kematian pada Sabtu.

“Kita bukan nombor satu. Nombor satu adalah China, agar anda faham.

“China jauh berada di nombor satu, malah bukan dekat. Mereka jauh di hadapan kita dari segi kematian, bukan dekat. Kamu tahu perkara itu. Saya tahu. Mereka mengetahuinya. Tetapi kamu tidak mahu melaporkannya. Kenapa? Kamu mesti menerangkannya. Suatu hari nanti saya akan menerangkannya,” kata presiden AS.

Dakwaan Trump dibuat setelah dia memulakan taklimatnya dengan menyatakan bahawa AS telah 'menghasilkan keputusan kesihatan yang lebih baik daripada negara lain, dengan kemungkinan pengecualian dari Jerman.’

Menurut laporan, AS kini mempunyai kematian akibat Covid-19 paling tinggi di dunia.

Trump kemudian menyerang China kerana tidak 'menghentikan' virus itu pada peringkat awal wabak.

Katanya, jika China menghentikan penularan wabak itu sewaktu ia mula merebak, dunia tidak akan menderita seperti sekarang.

‘Serangan’ Trump ke atas China pada Sabtu adalah sindirannya yang paling langsung bahawa China berbohong mengenai jumah kematian di negara itu akibat Covid-19.

Pada taklimat media Rabu, Trump membuat tuduhan serupa tetapi dia tidak menyatakan secara langsung bahawa China mempunyai lebih banyak kematian berbanding AS, setelah seorang wartawan bertanya mengapa AS mempunyai 24 peratus kematian koronavirus dunia.

“Adakah anda fikir anda mendapat angka yang jujur dari beberapa negara tersebut. Adakah anda benar-benar percaya angka dari negara besar bernama China ini? Dan bahawa mereka mempunyai sejumlah kes dan sejumlah kematian, adakah yang benar-benar percayai hal itu?

”Laporan kita benar-benar baik dan kita melaporkan setiap kematian. Kita mempunyai lebih banyak kes kerana kita membuat lebih banyak laporan,” katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers