Puteri Sweden ambil kursus perubatan online, turun padang bantu barisan hadapan perangi Covid-19 #StayAtHome #KitaJagaKita #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak

MAHU bersama-sama dengan barisan hadapan memerangi wabak Covid-19, Puteri Sweden, Puteri Sofia turut tidak ketinggalan menawarkan diri untuk berkhidmat dengan golongan tersebut.
Puteri Sofia kini mula berkhidmat di Sophiammet Hospital di Stockholm, Sweden.

MAHU bersama-sama dengan barisan hadapan memerangi wabak Covid-19, Puteri Sweden, Puteri Sofia turut tidak ketinggalan menawarkan diri untuk berkhidmat dengan golongan tersebut.

Puteri jelita itu mengambil inisiatif dengan menjalani program latihan secara dalam talian (online) dan sudah menamatkan latihannya baru-baru ini.

Puteri Sofia kini mula berkhidmat di Sophiammet Hospital di Stockholm, Sweden.

Beliau juga merupakan badan kehormat di hospital berkenaan.

Pengumuman mengenai perkara itu dibuat menerusi laman sosial Instagram rasmi miliknya dan suami, Putera Carl Philip.

Menerusi posting yang dimuat naik dengan sekeping gambar pakaian persalinan scrub, beliau menulis: "Minggu lalu, saya menjalani latihan perubatan yang mengkhususkan jurusan kesihatan dan penjagaan di Sophiammet Hospital".

"Dalam kerangka 'tindak balas kecemasan,' saya kini ditempatkan di satu unit rawatan hospital, di mana bersama rakan-rakan lain yang baru dilatih.

"Saya menyokong dan membantu kakitangan penjagaan dengan pelbagai tugas, termasuk penjagaan pesakit dan pembersihan." 

Puteri Sofia berkahwin dengan Putera Carl Philip dari Sweden dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. 

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers