Tikus besar membiak di China, jadi daging ‘berkhasiat’ pilihan cef sebelum Covid-19 #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak

PULUHAN ribu penternak dan cef di China memasak dan menjual tikus liar, sebagai sajian utama mereka sebelum pandemik Covid-19 berlaku.
Seorang cef menunjukkan bagaimana untuk memasak tikus buluh menerusi laman Youtube.

PULUHAN ribu penternak dan cef di China memasak dan menjual tikus liar, sebagai sajian utama mereka sebelum pandemik Covid-19 berlaku.

Tikus buluh China menjadi pilihan kerana dagingnya dikatakan berkhasiat.

Malah, segelintir cef mempunyai 100 sebab untuk memakan haiwan itu.

Bagaimanapun, penjualan tikus dilarang ketika krisis Covid-19 meskipun dijadikan sebagai hidangan di negara itu sejak lebih 1,000 tahun.

Keputusan itu dibuat setelah ahli epidemiologi terkemuka, Dr Zhong Nanshan pada Januari mendakwa bahawa wabak itu boleh dikaitkan dengan makan tikus buluh.

China membuat keputusan untuk melarang perdagangan kira-kira 25 juta tikus buluh di negara republik itu, terutama di wilayah selatan.

Walaupun Covid-19 dikaitkan dengan pasar di Wuhan, tetapi hanya sejumlah kecil tikus buluh yang dijual dengan cara itu, menurut Dr Li yang merupakan pakar dasar China dari badan kebajikan haiwan Humane Society International.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers