Nenek berusia 106 tahun jadi pesakit tertua di Britain pulih daripada Covid-19 #StayAtHome #KitaJagaKita #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak
Nenek berusia 106 tahun jadi pesakit tertua di Britain pulih daripada Covid-19 #StayAtHome #KitaJagaKita #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak BERPANTANG maut sebelum ajal.
Itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi apabila seorang warga emas berusia 106 tahun disahkan pulih daripada wabak Covid-19.
Connie Titchen dibenarkan keluar daripada Hospital Birmingham City pada Selasa selepas ditahan di wad selama hampir tiga minggu.
Dia dipercayai menjadi pesakit tertua di Britain yang berjaya sembuh daripada wabak maut itu.
Connie yang menjalani pembedahan pinggul pada Disember lalu, dimasukkan ke hospital pada pertengahan Mac selepas disyaki menghidap pneumonia, namun kemudian didiagnos positif untuk Covid-19.
"Saya rasa sungguh bertuah kerana berjaya berjuang melawan virus ini. Tak sabar untuk bertemu keluarga," katanya dengan penuh gembira ketika mahu meninggalkan hospital.
Seorang cucu perempuannya, Alex Jones menyifatkan neneknya itu seorang yang sangat aktif, suka menari, berbasikal dan bermain golf.
"Saya rasa rahsia usianya lanjut adalah kerana dia secara fizikalnya begitu aktif dan sangat berdikari. Dia menjalani pembedahan pinggul Disember lalu dan dalam tempoh 30 hari kemudian dia mampu berjalan semula.
"Dia sungguh mengkagumkan dan seluruh ahli keluarga tak sabar untuk berjumpa dengannya," kata Jones.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.