Pasangan kahwin di rumah hijau, majlis hanya dihadiri ibu bapa pengantin lelaki #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak
Pasangan ini disatukan di sebuah rumah hijau. |
MOLLY Lin, 30, dan Sing-Chi Lam, 32, merancang untuk berkahwin di hadapan 400 tetamu pada 11 April lalu tetapi ia tidak dapat direalisasikan kerana wabak Covid-19.
Disebabkan pelaksanaan perintah berkurung yang tidak membenarkan perhimpunan lebih 15 orang, pasangan dari Toronta, Kanada itu memutuskan untuk menangguhkan hari bahagia mereka sehingga 2021.
Namun tempoh tersebut terlalu lama. Jadi pasangan itu mengadakan majlis ringkas di sebuah rumah hijau dengan hanya disaksikan ibu bapa Sing-Chi sebagai tetamu.
Ibu bapa Molly pula hanya melihat majlis ringkas anak mereka menerusi aplikasi Zoom.
Meskipun perkahwinan yang dirancang tidak seperti diharapkan, pasangan itu gembira kerana dapat berkongsi momen bahagia mereka itu.
"Kami tidak terfikir majlis perkahwinan kami akan berubah secara drastik disebabkan pandemik ini.
"Sudah tentu kami mahukan majlis yang meriah dengan kehadiran keluarga dan rakan-rakan.
"Namun kami menyukai majlis ringkas ini dan keunikan majlis kami, cerita yang boleh dikongsi dengan anak-anak kami suatu hari nanti," katanya.
Pasangan ini bertemu semasa melakukan pendakian di Pulau Vancouver pada 2018.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.