Hospital perkenal set PPE untuk bayi baru lahir #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak
Bayi baru lahir diberi perlindungan khas. |
PENULARAN Covid-19 ternyata membimbangkan ramai, khususnya golongan wanita yang sedang hamil.
Seperti diketahui umum, hospital-hospital menjadi pusat rawatan bagi sesiapa yang dijangkiti virus itu.
Ia menyebabkan ramai wanita hamil mahu bersalin di rumah dan hospital untuk ibu dan bayi sahaja.
Bagi mereka, pilihan itu lebih selamat kerana mereka jauh dari persekitaran yang berisiko dengan wabak berkenaan.
Namun, lain pula ceritanya di Thailand apabila sebuah hospital memperkenalkan pakaian khas untuk bayi yang baru lahir.
Hospital Paolo di Samut Prakan baru-baru ini berkongsi foto bayi yang dipakaikan peralatan perlindungan diri (PPE).
"Kami ada perlindungan ekstra untuk si kecil dan kawan-kawan mereka, dengan pelindung wajah. Sangat comel," tulis pengendali Facebook hospital itu.
Malah, ramai yang turut memberi pujian atas langkah prihatin hospital itu khususnya dalam tempoh getir yang berlaku pada hari ini.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.