Pandu sendiri ke hospital selepas kesihatan merosot, bapa 2 anak maut akibat Covid-19 #StayAtHome #KitaJagaKita #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak

SEORANG pemandu Uber meninggal dunia di hospital selepas disahkan positif Covid-19.

SEORANG pemandu Uber meninggal dunia di hospital selepas disahkan positif Covid-19.

Dia mula menunjukkan gejala selepas mengambil seorang penumpang di Lapangan Terbang Heathrow di London, United Kingdom (UK).

Perkara itu didedahkan oleh rakannya, Sunil Kumar.

Bercakap kepada agensi berita PA, rakannya yang dikenali sejak lapan tahun lalu, Rajesh Jayaseelan, 45, memutuskan untuk menjalani kuarantin sendiri sebelum memandu sendiri ke Hospital Northwick Park apabila keadaan kesihatannya semakin merosot.

Dia meninggal dunia pada 11 April lalu setelah didapati positif virus tersebut.

Bapa dua anak itu berhijrah dari Bangalore, India ke UK sejak sedekad lalu dan bekerja sebagai pemandu perkhidmatan e-hailing selama beberapa tahun.

Isteri dan dua anaknya, masing-masing berusia empat dan tahun menetap di India.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers