Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un tenat selepas jalani pembedahan jantung #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak
Jong-un dilaporkan tenat selepas menjalani pembedahan jantung di sebuah hospital. |
PEMIMPIN Korea Utara Kim Jong-un dilaporkan sedang tenat selepas menjalani pembedahan jantung.
CNN melaporkan keadaan kesihatan pemimpin berusia 36 tahun itu dipantau pegawai perisik Amerika Syarikat (AS) selepas dimaklumkan Jong-un dalam bahaya selepas pembedahan tersebut.
Jong-un tidak menghadiri sambutan perayaan terpenting Korea Utara pada 15 April lalu sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai keadaan kesihatannya.
Laman web Korea Selatan, Daily NK mendakwa Jong-un hampir pulih selepas menjalani prosedur tersebut.
Laman web itu memperoleh maklumat daripada seorang sumber yang berpusat di Korea Utara dan tidak mengetahui keadaan terkini Jong-un selepas itu, lapor Bloomberg.
Bekas Timbalan Ketua Bahagian CIA untuk Korea Utara, Bruce Klingner berkata desas-desus mengenai keadaan kesihatan Jong-un sebelum ini tidak benar.
"Ada beberapa khabar angin baru-baru ini mengenai kesihatan Jong-un (merokok, jantung dan otak).
"Jika Jong-un dimasukkan ke hospital, ia akan menjelaskan mengapa dia tidak hadir dalam perayaan penting pada 15 April lalu.
"Namun selama bertahun-tahun, terdapat khabar angin tidak benar mengenai kesihatan Jong-un atau bapanya. Kita perlu tunggu dan lihat," katanya.
Kali terakhir Jong-un dilihat dikhayalak ramai adalah pada 11 April lalu ketika dia hadir mesyuarat kerajaan.
Kerajaan Korea Utara masih belum mengeluarkan sebarang komen mengenai keadaan kesihatan pemimpinnya itu.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.