China bimbang gelombang kedua Covid-19 selepas jangkitan dilapor kalangan petugas kesihatan #KitaJagaKita #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak
China bimbang gelombang kedua Covid-19 selepas jangkitan dilapor kalangan petugas kesihatan. KES kluster baharu Covid-19 dilaporkan dalam kalangan petugas khas di pusat perubatan di China.
Gelombang kes baharu yang berlaku di Hospital Jia County People, di mana salah seorang daripada mereka menjalani kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari Wuhan di wilayah Hubei.
Pasar makanan laut di Wuhan, yang dipercayai sebagai pusat penyebaran virus itu, ditutup pada Januari lalu, selepas satu kluster pesakit yang mengalami radang paru-paru.
Wabak itu membawa kepada sekatan perjalanan, dengan larangan perjalanan bagi urusan tidka penting antara kampung dan komuniti.
Memetik laporan Daily Express, sesiapa yang keluar dan masuk dari kawasan kediaman perlu memakai topeng muka.
Mereka juga akan diperiksa suhu dan menunjukkan surat yang membuktikan mereka adalah sihat, perkara itu merujuk kepada dokumen yang didedahkan kepada Radio Free Asia.
Menerusi akaun Weibo, perniagaan dihentikan sementara kecuali pasar raya dan pasar, dengan kira-kira 600,000 tinggal di bawah perintah itu.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.