Jepun isytihar darurat di seluruh negara #StayAtHome #KitaJagaKita #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak

PERDANA Menteri Jepun Shinzo Abe memutuskan untuk mengisytiharkan darurat di seluruh negara dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.

PERDANA Menteri Jepun Shinzo Abe memutuskan untuk mengisytiharkan darurat di seluruh negara dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.

Pada 7 April, Jepun mengisytiharkan darurat di tujuh daripada 47 wilayah di negara itu, termasuk Tokyo, Osaka, Kanagawa, Saitama, Chiba, Hyogo dan Fukuoka.

Pengisytiharan itu membolehkan dan memberi kuasa kepada gabenor wilayah berkenaan untuk mengambil langkah pencegahan lebih berkesan untuk mengekang penularan virus.

Bagaimanapun, gabenor di wilayah lain mahu darurat diperluaskan apabila virus itu sudah merebak ke kawasan lain.

Ada beberapa wilayah telah mengambil pendekatan sendiri dengan mengeluarkan perintah darurat lebih awal. -Bernama

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers