Hafiz, Adira kembali bersatu Untuk Cinta

Hafiz, Adira kembali bersatu Untuk Cinta
PENYANYI, Hafiz Suib (kiri) dan Siti Adira Suhaimi
di Majlis Pelancaran Muzik Video Pilot Cafe. - Foto Zunnur Al Shafiq


KUALA LUMPUR: Empat tahun lalu, peminat industri muzik Malaysia pernah dilanda satu fenomena gara-gara lagu tema utama filem Ombak Rindu, yang dipopularkan oleh penyanyi Hafiz Suip dan Adira.

Lagu alunan romantis itu bukan sahaja berjaya meninggalkan kesan mendalam di hati peminat, malah ia turut mendominasi carta muzik di Malaysia. Kini, Hafiz dan Adira dipertemukan kembali menerusi lagu baru berjudul Untuk Cinta, yang juga lagu tema utama filem romantis hasil adaptasi novel karya Ahadiat Akashah, Pilot Cafe.

Lagu bergenre balada itu menerima sentuhan yang sama oleh Nurzaidi Abd Rahman, yang juga pencipta lagu Ombak Rindu. Untuk Cinta diangkat sebagai lagu tema utama filem Pilot Cafe kerana liriknya berkisarkan percintaan yang menuntut pengorbanan dan kesetiaan.

Nurzaidi berkata, ilham menghasilkan lagu itu timbul selepas beliau diberikan skrip penuh dan menonton terlebih dahulu filem Pilot Cafe untuk menghayati jalan cerita serta watak di dalamnya. Beliau juga berbincang dengan Pengarah filem, Osman Ali dalam menghasilkan lagu tema itu supaya ia sesuai dengan jalan cerita filem Pilot Cafe.

"Ketika dalam proses menghasilkan skor muzik untuk filem Pilot Cafe, saya mendapat ilham yang sekali gus melahirkan susunan muzik lengkap berserta bait lirik untuk lagu tema. Bagi saya, setiap watak di dalam filem ada lagu yang sesuai dengannya.

"Contohnya, lagu Untuk Cinta kena dengan mood ceritanya yang mengaitkan apa yang berlaku dalam hidup Ameer, watak utama dalam filem ini. Saya yakin lagu ini dapat memberikan satu transformasi dalam menelusuri arus ritma muzik tanah air," katanya.

Lagu Untuk Cinta turut diterjemahkan dalam sebuah muzik video yang dirakam di Muzium Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Mac lalu. Menariknya, muzik video Untuk Cinta diarahkan oleh pengarah yang sama untuk muzik video Ombak Rindu iaitu Sharad Sharan.

Sejak dimuat naik pada 25 Mac lalu di laman sosial YouTube, lagu itu sudah ditonton lebih 10 ribu tontonan dalam masa satu minggu. Filem Pilot Cafe akan ditayangkan kepada umum pada 30 April depan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan gambar eksklusif di sebalik tabir muzik video Untuk Cinta, sila layari www.facebook.com/AstroShaw atau follow @AstroShaw di Twitter dan Instagram rasmi Astro Shaw.

Lirik Lagu 'Untuk Cinta'

Penulis dan Komposer : Nurzaidi Abd Rahman

Penyanyi : Hafiz & Adira

Kau tunjukkan aku

yang memangnya tak pernah tahu

erti cinta sebenarnya

dari jiwa

bukan hanya dari mata

Kau ajar hatiku

kasih setulus seikhlasnya

tak pernah mengalah

walaukan terpisah

sedikit pun tak berubah

Namun

takkan menjadi milikiku

cinta bukan tercipta untukku

Tolong jagalah dirinya buat diri ku

jangan biar luka lagi hatinya

yang amat ku cinta

yang milik engkau saja

Biar ku simpan semua kasih dan cinta

Akan ku pendamkan sepanjang nyawa

hingga tiba masa

untuk aku bercinta semula

Selamat tinggal kasih

aku kan pergi bawa diri

yang telah rela

dan mengerti oh

Dan di sini saja

berakhirnya sebuah kisah

cinta bertepuk sebelah

terpaksalah

ku terima

tentuan-Nya oh...



Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers