Pesanan awal Apple Watch mulai 10 April

Pesanan awal Apple Watch mulai 10 April


PENGGUNA yang menginginkan untuk memiliki produk terbaru Apple, Apple Watch hanya boleh membuat pesanan awal produk ini bermula 10 April ini dalam laman web rasmi Apple.

Sebelum ini semasa pengumuman Apple Watch pada Mac lalu di San Francisco mengumumkan pesanan boleh dibuat bermula hari ini (7 April) tetapi ternyata ia dianjakkan atas beberapa faktor.

Apple Watch akan mula tersedia untuk dimiliki pada 24 April, sama tarikh dengan pelancarannya di pasaran. Terdapat tiga model yang berbeza yang ditawarkan dalam dua saiz yang berbeza untuk produk terbaru ini Apple ini.

Model pertama Apple Watch Sport, yang dilengkapi dengan sarung aluminium. Juga terdapat model keluli tahan karat biasa dan emas ultra-premium 18 karat untuk model edisi khas Apple Watch.

Terdapat dua saiz yang berbeza bagi jam Apple ini iaitu 38 milimeter dan 42 milimeter.

Harga bagi jam Apple ini pula bermula dari 299 pound sterling (RM1,622) sehingga mencecah 13,500 pound sterling (RM73,250) untuk Apple Watch edisi khas.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers