Color, ciri terbaru muat naik gambar di Instagram

Color, ciri terbaru muat naik gambar di Instagram
INSTAGRAM memperkenalkan ciri-ciri baru seperti 'Fade' dan 'Color'. - Foto DailyMirror


INSTAGRAM hari ini memperkenalkan ciri terbaru bagi memberikan lebih kepuasan kepada pengguna untuk mengubah gambar sebelum dipaparkan di dalam akaun Instagram masing-masing,

Sudah menjadi aliran baru pengguna media sosial kini memuat naik gambar mereka menggunakan aplikasi Instagram yang kini menjadi aplikasi media sosial nombor satu paling banyak digunakan dan popularitinya mengatasi Facebook.

Jika sebelum ini Instagram memperkenalkan ciri kolaj, kini diperkenalkan pula ciri 'Fade' dan 'Color'.

Fade membolehkan pengguna melembutkan warna gambar bagi memberi kesan khas seperti gambar lama atau vintage.

Manakala ciri Color pula memberikan lebih pilihan kepada pengguna untuk menentukan warna gambar mereka menjadi lebih terang atau gelap.

Terdapat lapan pilihan ciri Color untuk dipilih iaitu kuning, oren, merah, merah jambu, ungu, biru, hijau dan cyan.

Ciri ini dapat mewujudkan suasana dramatik dan lebih bergaya. Tidak perlu lagi mengubah gambar menggunakan aplikasi 'picture editing' yang lain sebelum memuat naik ke dalam Instagram.

Kini semuanya boleh dibuat dalam satu aplikasi saja. - Daily Mirror

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers